Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismilllah. Alhamdulillah.
Semalam, selesai sediakan sarapan saya ke sekolah anakanda untuk membantu memantau perjalanan kelas tambahan SPM di bawah seliaan Kelab Kelas PIBG.
Gembira melihat kehadiran anak-anak yang ramai. Lebih dari lima puluh orang.
Tambahan pula melihat mereka belajar dengan tekun.
Petang, saya ke pasar malam membeli barang keperluan harian. Alahai, terlupa pula sediakan beg guna semula bila membeli di Pasaraya Speedmart kerana hari sabtu, hari tanpa beg plastik. Semenjak kempen tersebut dijalankan, saya sering mengelak membeli barang pada hari sabtu.
---------
Catatan harian adalah salah satu tugasan wajib dalam kelas asas blog. Macam kita tulis diari. Tulis aktiviti dan pengalaman kita setiap hari.
Kami menerima pendaftaran setiap hari.
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan.
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.
Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266
No comments:
Post a Comment