Wednesday, 5 August 2015

Berkenalan dengan penulis: NK Azizah


Sumber : :http://norazizahkhazizi.blogspot.com/

Berkenalan dengan penulis: NK Azizah

Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes

Guru online: Mie Normi

InsyaAllah pada hari ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan rambut bagi wanita muslimah yang bertudung.
Rambut adalah perhiasan berharga bagi seorang wanita. Jadi memiliki rambut yang sihat dan cantik merupakan idaman wanita. Ianya adalah mahkota yang perlu dibelai dan dijaga malah perlu dilindungi dari pandangan mata ajnabi. Walaupun rambut ditutup a.k.a bertudung, bukan satu alasan untuk wanita memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Sayangilah ia sama sepertimana kita menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Bagi wanita yang bekerja, bayangkan selama 8-10 jam sehari sewaktu kita bekerja, rambut kita terkurung di dalam tudung yang seterusnya menyebabkan rambut akan mengalami pelbagai masalah. Namun demikian, wanita bertudung insyaAllah akan tetap dapat mengekalkan kesihatan dan kesegaran kulit kepala dan rambut jika kena cara penjagaan dan perawatannya.
Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita:
~ Rambut Mudah Gugur
~ Rambut Berbau
~ Berkelemumur
~ Kulit Kepala Berminyak
~ Hujung Rambut Berbuah

Jadi, apakah tips dan bagaimana caranya untuk kita menjaga kulit kepala dan rambut kita dari masalah tersebut? Insya-Allah di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang patut kita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran rambut dan kulit kepala khasnya untuk wanita bertudung.
Panduan di bawah ini boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

Mencuci Rambut Secara Berselang.

· Bagi wanita bertudung, mencuci rambut tidak perlu setiap hari. Cukup mencuci rambut berselang hari atau sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

· Waktu yang ideal untuk mencuci rambut adalah pada waktu petang atau malam iaitu setelah melakukan kerja harian anda terutama bagi suri yang bekerja.

Mengeringkan Rambut

· Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan dulu sebelum memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan boleh mengakibatkan sakit kepala.

· Memakai tudung ketika rambut basah juga akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

· Tidak perlu mengikat rambut ketika masih basah, biarkan rambut lepas bebas oleh itu ia akan mengering secara semulajadi. Dengan itu, rambut anda akan lebih terjaga dan mengurangkan kegatalan di kepala serta rambut gugur.

Merawat Dan Merapi Rambut

· Memilih produk yang bersesuaian dengan jenis rambut dan kulit kepala serta mampu menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut, dan boleh menyelesaikan masalah rambut seperti kelemumur atau kulit kepala gatal.

· Pilihlah produk berasaskan semulajadi dan herba kerana ia akan menjaga rambut anda lebih baik. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/tonik (selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

· Semasa menyampu rambut, urut kulit kepala minimum 3 minit bagi melancarkan perjalanan darah kulit kepala dan memastikan nutrien syampu diserap secukupnya.

· Gunakan perapi rambut terutamanya yang mengalami masalah rambut kering yang serius (bagi wanita yang bermasalah kulit kepala berminyak tidak digalakkan). Oleh itu, sebaiknya menggunakan syampu yang berasingan dengan perapi.

· Gunakan syampu yang berasaskan herba (Tips: Shampu yang terbaik membuatkan rambut terasa kesat selepas digunakan). Selain itu, gunalah syampu atau pencuci rambut yang bersesuaian dengan anda dan pastikan syampu tersebut berkesan dalam penjagaan rambut anda.

· Memeriksa jika ada sel rambut mati dan menggunting hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

· Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Mengatasi Masalah Rambut Dengan Segera

· Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar rambut yang menyediakan perkhidmatan rambut atau menggunakan produk herba yang mudah diperolehi dalam pasaran. Namun pastikan ianya tulen, halal dan tidak memudaratkan kesihatan anda.

· Boleh juga dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi untuk rawatan yang sesuai dengan anda. Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain.

Pemakanan Yang Berzat

· Kesihatan rambut juga bergantung kepada apa yang kita makan. Makanan yang berunsurkan protein, Vitamin B6, B12, dan C amat penting untuk rambut anda seperti ikan, telur, susu, bijirin, buah-buahan dan sayuran hijau.

· Minum air kosong secukupnya, makan lobak merah, minum air teh hijau juga dapat mengekalkan rambut yang sihat.

Merehatkan Diri Dan Rambut

· Sebaik sahaja sampai di rumah, setelah membuka tudung buka ikatan rambut supaya angin meresap ke kulit kepala. Berikan masa untuk kulit rehat dan mengeringkan peluh di kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah. Masa yang ideal untuk merehatkan rambut adalah setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering.

Memilih Fabrik Tudung Yang Sesuai

· Pemilihan tudung daripada material yang lembut dan berkualiti seperti kain kapas kerana fabrik ini mudah menyerap peluh dan mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas.

· Pemakaian tudung terkini yang berlapis-lapis sebaiknya jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau dan sebaiknya elakkan terus memakai tudung yang berlapis-lapis ini ketika sedang beriadah.

· Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini akan membuatkan rasa kurang selesa, mudah pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
Baca lagi di sini: http://norazizahkhazizi.blogspot.com/
Berkenalan dengan penulis: NK Azizah
Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
Guru online: Mie Normi

No comments:

Post a Comment