Sunday, 29 September 2013

Kenduri Kesyukuran

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini di taman saya ada majlis kesyukuran sempena menunaikan haji.  Walaupun cuti hari minggu, masa beramah mesra dengan jiran tetangga juga perlu. 

Banyak tugasan yang masih perlu di selesaikan baik yang online atau offline.

Friday, 27 September 2013

Jalan - Jalan Tanjung Malim

Bismillah.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Hari ini, saya sekeluarga bertolak ke Tanjung Malim.  Suami mendapat jemputan dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.

Saya dan anak - anak cuma tumpang ikut sahaja. Nanti bila pulang saya ceritakan tentang perjalanan kami sekeluarga.

Jumpa nanti.  Tunggu ya...

Sesat

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah.

Assalamualaikum.

Pernah ke tidak, kawan - kawan sesat ketika mencari arah ke suatu tempat.  Saya rasa mesti pernah kan.  Apa tindakan yang patut kita ambil ya ?  Biasanya kita akan bertanya pada orang ramaikan.  Tapi sekarang jika bertanya pun rasanya susah, kerana orang yang kita tanya pun tidak  tahu arah juga.

Ini panduan biasa yang suami ajarkan pada saya.  Maklum sahaja saya memang kurang sikit bab cari arah.

1. Perkara pertama tentulah kena ambil tahu alamat tempat yang ditujui.  Jangan sangka kita pernah ke tempat tersebut, kita tahu jalannya.

2. Ambil nombor telefon kawan atau saudara ( tempat yang kita tujui ) untuk di hubungi jika kita tidak jumpa dengan tempat yang sepatutnya kita pergi.

3. Cari atau tanya dulu pada pakcik Google.

4. Keluar awal untuk mengelakkan kelewatan masa.

5. Kenal pasti dahulu bangunan utama di kawasan tersebut,  contohnya masjid, sekolah atau stesen minyak.

Rasanya ini yang selalu suami ingatkan.  Lupa pula, tentulah kena baca doa dulu sebelum  menaiki kenderaan.  Apapun bila tersesat tidak perlu rasa tertekan, tenangkan diri dulu kemudian baru cari semula.  Bukan apa, elok - elok ingin bergembira lain pula jadinya.  Kena ingat kita masih berada di Malaysia bukan di negara luar.

Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Thursday, 26 September 2013

Bebaskan Diri

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Gambar di atas sebagai hiasan sahaja.  Pada pandangan peribadi saya, bebaskan diri bermaksud bebas dari sikap yang kurang elok kepada sikap yang lebih baik.  Bebas juga dari kejahilan masa lalu.

Sebenarnya sebahagian dari kita masih membiarkan diri terpenjara.  Penjara yang tanpa kita sedari sebenarnya di bina oleh diri sendiri.  Kita sendiri membina dinding di sekeliling diri kita.  Masih membiarkan waktu berlalu dengan sia - sia.

Sedangkan sebahagian dari kita, sudah membebaskan diri dengan melakukan perubahan dalam diri.  Perubahan ini hanya dapat kita perolehi dengan menambah ilmu.  Samada hadiri kelas atau membaca.  Apapun perubahan akan memberi makna tersendiri.

Bukan sahaja baik untuk diri, ia juga baik untuk orang yang berada di sekeliling kita.  Walaupun perubahan yang ada amat sedikit.  Pada pendapat saya, perubahan sikap tidaklah dapat dilakukan dengan segera.  Apa yang saya lalui, mengubah sikap bukan semudah menyebut a, b dan c.  Harus ada keinginan dan bersikap sabar dalam proses itu.

Sokongan dari pasangan dan keluarga amat diperlukan semasa ini. Astagfirullah.  Wallahu'alam.





Wednesday, 25 September 2013

Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Akademi Bekerja Dari Rumah


Bismillah.

Assalamualaikum.

Sebagai permulaan biarlah saya kenalkan dahulu Akademi Bekerja Dari Rumah.  Akademi Bekerja Dari Rumah sebenarnya bertujuan melatih dan membimbing suri - suri sekalian secara online.  Di sini kami bukan sahaja dapat belajar tapi dapat juga menjalinkan persahabatan.

Walaupun tidak bertemu mata dengan guru tapi kemesraan tetap terjalin antara guru dan anak murid.  Siapa kata, suri tidak dapat belajar walaupun berada di rumah.  Setiap hari sebenarnya saya ke kelas.   Cuma tarikan jari jemari sahaja, dapatlah hadiri kelas santai dan mesra ini.

Apakah yang kita perolehi di akademi ?
Akademi bukan sahaja menyediakan kelas secara online tapi juga menyediakan peluang menjalankan perniagaan.  Perniagaan ini di jalankan secara dropship. Produk yang disediakan adalah makanan sunnah, buku - buku dari terbitan penerbit besar di Malaysia dan ebook dari para pelajar akademi sendiri.

Di dalam kelas kami juga berkongsi dan saling bantu membantu antara satu sama lain.  Walaupun kami berbeza latar belakang, ia bukan satu halangan.  Kami saling lengkap melengkapi.  Dengan seramai lebih seratus orang pelajar dan tujuh orang guru online, kelas masih di jalankan.

Apakah syarat belajar di akademi ?  Pada yang ingin tahu, syarat wajib adalah ebook di bawah.  Ebook ini rujukan wajib baca bagi yang ingin turut serta. Akademi mempunyai dua kelas iaitu 

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

2. Kelas Asas Blog & Fan page..


Selain itu ada juga kelayakan lain seperti di bawah

1. Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fan page untuk bisnes.

2. Perlu menguasi modul dan analisa pelajar.

3. Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.

4. Pemantauan adalah minima, berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.

5. Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.

6. Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Boleh lihat lebih lanjut di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Tuesday, 24 September 2013

Alahan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : www.utusan.com.my
 
 

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Bila baca tajuk saya hari ini, mesti para pembaca ingatkan alahan mengandung kan.  Sebenarnya saya sekeluarga mengalami alahan pada makanan laut terutamanya kerang dan ketam.  Pernah sekali bila Kak Su Aina, memakan ketam bengkak - bengkak badannya.

Apabila membaca rencana dari Doktor Zubaidi di sini.  Inilah pengalaman saya semasa Along Zikri masih bayi.  Beruntunglah para ibu yang dapat menyusukan anak.  Saya sendiri merasa sedih tidak dapat menyusukan anak - anak.  Namun saya menerimanya kerana mengalami kompilasi selepas melahirkan. 

Tindakan kami semasa menerima khabar dari doktor ialah mengambil tindakan segera menukar susu formula yang di gunakan.  Mengikut saranan doktor, kami boleh menggunakan susu formula dari kacang soya.  Mahal juga harga susu tersebut semasa itu.  

Memang tidak di nafikan susu ibu lah yang terbaik untuk anak - anak.   Seperti tulisan Doktor Zubaidi " Susu ibu adalah susu paling murah dan susu paling baik "

Anak

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Siapa tidak sukakan anak, rasanya semuanya sukakan ahli syurga ini. Jaga anak ini bukan mudah, Kena sanggup bersekang mata dan menelan sabar.

Penjagaan anak - anak bermula dari ia berada dalam kandungan lagi.  Apabila dilahirkan pemberian suntikan vaksin adalah sebagai salah satu langkah pencegahan penyakit.  Apapun kita tidak mahu mengambil sikap tidak peduli terutama mengenai kesihatan anak - anak.  Ikut saranan doktor.

Kita boleh dapatkan panduan dari  para doktor dan jururawat untuk langkah - langkah pemberian vaksin imunisasi di klinik kesihatan atau di sini
Jika kita masih ragu - ragu boleh juga baca rencana di sini

Pesan ibu bapa saya, semasa bayi masih belum berusia setahun adalah waktu paling penting.  Dalam waktu ini segala perubahan walau sekecil mana perlu di titik beratkan.  Mintalah pendapat doktor.  Jangan pula menganggap pengalaman kita mempunyai anak sebelum ini boleh di pakai guna untuk setiap anak. Lain anak lain cara penjagaannya.