Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Siapa tidak sukakan anak, rasanya semuanya sukakan ahli syurga ini. Jaga anak ini bukan mudah, Kena sanggup bersekang mata dan menelan sabar.
Penjagaan anak - anak bermula dari ia berada dalam kandungan lagi. Apabila dilahirkan pemberian suntikan vaksin adalah sebagai salah satu langkah pencegahan penyakit. Apapun kita tidak mahu mengambil sikap tidak peduli terutama mengenai kesihatan anak - anak. Ikut saranan doktor.
Kita boleh dapatkan panduan dari para doktor dan jururawat untuk langkah - langkah pemberian vaksin imunisasi di klinik kesihatan atau di sini
Jika kita masih ragu - ragu boleh juga baca rencana di sini
Pesan ibu bapa saya, semasa bayi masih belum berusia setahun adalah waktu paling penting. Dalam waktu ini segala perubahan walau sekecil mana perlu di titik beratkan. Mintalah pendapat doktor. Jangan pula menganggap pengalaman kita mempunyai anak sebelum ini boleh di pakai guna untuk setiap anak. Lain anak lain cara penjagaannya.
No comments:
Post a Comment