Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.
Bismillah.
Ini tulisan dari pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad di blog beliau http://naufalsayang.blogspot.com/
Buat Kerja Jangan Separuh Jalan.
"Puan saya mahu berhenti kerja saya sudah tidak ada hati. Saya mahu tinggal di rumah"
"Saya rasa saya sudah mengalah-saya perlu bekerja semula kerana kewangan meruncing"
"Saya mahu jaga anak, tetapi sekarang ekonomi keluarga belum stabil"
"Saya sudah mahu berhenti lakukan kerja sambilan ini, saya sudah tidak ada hati lagi"
"Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi"
"Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi"
Inilah ayat yang selalu singgah di kota mesej saya. Saya hulurkan salam perkenalan. Semoga puan-puan sekalian ada pilihan dan kita tetap ada pilihan.
1. Jangan berhenti dahulu. Berhenti kerja tak boleh rasa-rasa, buruk nanti bahananya jika belum ada persediaan yang cukup, kewangan, fizikal dan mental. Namun saya tidak nafikan memang ada terus berhenti kerja, mereka berjaya juga walau berhenti dengan cara terus terjun gaung. Alhamdulillah gaung di bawahnya ada emas. Namun sebelum jumpa emas, adalah juga onak dan durinya. Bagi yang manja-manja waima sikit-skit mahu sentap, sikit-sikit mahu menangis, jadi jangan berangan dahulu jadi wahm. Kalau dah rasa sudah jadi hati batu, ok boleh fikirkan semula.
Ini pula perkongsian salah seorang guru di Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara di 'facebook' beliau.
Setiap peserta yang telah siap langkah akan diserap masuk sebagai akademi bekerja di rumah untuk bertukar traffik dan network dan menjadi contributor page wahm sahm soho dan page penulis bebas dan usahawan online.
Inilah kebaikan berada dalam satu kumpulan yang saling memberi. Kami di ABDR bersaing tapi saling berkongsi matlamat dan saling memberi. Persaingan secara sihat. Bila antara kami tersasar dari matlamat, masing-masing ada peranan yang tersendiri kerana setiap blog di ABDR sentiasa memberi pengalaman dan panduan yang kita boleh manfaatkan. Masing-masing punya aura tersendiri.
Terutama dari guru saya iaitu Puan Aishah Hussein, beliau tidak pernah jemu menunjukkan jalan yang sebenarnya sudah terbuka luas untuk saya. Terima kasih banyak-banyak semua. Kesinambungan dari tulisan saya di 'facebook' pagi tadi.
Wallahu'alam. Astaghfirullah.
Sumber : Puan Masayu Ahmad dan Puan Khairunnisa Hamzahara.
No comments:
Post a Comment