Thursday, 8 May 2014

Berilmu + Beramal

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.   Alhamdulillah.  Sebelum bersama ABDR saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Saya menjual muruku dan kuih raya pada kenalan dan ahli keluarga.  Saya juga menjual produk Tupperware. Namun apa yang saya buat hanya sambilan sahaja.  Jika ada permintaan barulah saya menjana pendapatan.

Sekarang setelah saya bersama ABDR jalan yang saya lalui makin terang.  Saya menemui minat dan kepuasan diri disamping menjana pendapatan dengan apa yang ada di tangan.  Alhamdulillah.

Tentu ada yang tertanya-tanya apa diakah perniagaan yang hanya kita mulakan dengan apa yang kita ada.  Tidaklah saya nafikan sebelum ini saya berpandangan sesuatu perniaagaan itu memerlukan modal terutamanya wang.   Setelah saya amalkan apa yang saya pelajari dan menambah ilmu di dada, saya nampak apa yang saya boleh buat dengan kemahiran diri.



 
Inilah yang saya buat sekarang.  Saya merekabentuk 'header blog', 'Facebook Cover' dan bunting untuk keperluan pelanggan memperkenalkan produk mereka.  Saya juga menjalankan perniagaan secara 'dropship'.

Sekarang saya juga dilantik sebagai pengurus online ABDR.  Tugas saya mempromosikan produk ABDR.  Menarik kan.  Saya sendiri pada mulanya tidak percaya tiada modal wang ringgit yang saya perlukan untuk menjana pendapatan.  Saya hanya perlukan kesungguhan dan keyakinan diri.

Bukan setakat ini sahaja, saya juga sudah menceburi bidang tekstil(membekalkan pakaian sukan) dan membina laman web.  Bidang ini saya bekerjasama dengan suami.

Senarai laman web dan fanpage(sebelum menyertai ABDR)

Senarai blog/laman web dan fanpage(setelah menyertai ABDR)


 Alhamdulillah.  Kemajuan yang saya capai hari ini mendapat sokongan penuh keluarga terutama suami dan anak-anak.     
   


No comments:

Post a Comment