Thursday, 8 May 2014

Tips lagi.


MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.