Wednesday 28 May 2014

Cuti Sekolah Bermula

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
 Bismillah.  Alhamdulillah.  Cuti sekolah sudah bermula.  Masih merancang aktiviti untuk anak-anak.  Petang ini, saya mahu berkunjung ke perpustakaan.  Kemudian mahu ke Taman Tasik Chempaka yang terletak bersebelahan.
 Awal tahun tempoh hari, pihak sekolah sudahpun memberikan takwin tahunan aktiviti.  Jadi mudahlah untuk saya merancang.  Biasalah bila dapat takwin aktiviti, selalu yang dilihat bilakah cuti sekolah.  Sebenarnya banyak aktiviti yang kita boleh rancang untuk anak-anak bila cuti sekolah tiba.  Contohnya, luangkan masa bergotong royong mengemas rumah, sama- sama memasak, membaca dan beriadah bersama-sama.  Aktiviti ini tidak memerlukan sebarang kos.  Mudah bukan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

No comments:

Post a Comment