Wednesday, 19 August 2015

Catatan Rutin Tengahari.


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Cuaca mendung hari ini.

Rutin tengahari saya, bermula dengan sediakan juadah makan tengahari.  Saya mula memasak pada pukul sebelas pagi.  Selesai masak pada pukul dua belas tengahari.  Saya cuba limitkan masa memasak dan mengemas dapur selama satu jam.  Bahan -bahan masakan, saya sediakan lebih awal.  Mahu cepat, saya sediakan sup dan ulam-ulaman.

Saya sering sediakan sambal ikan bilis dalam kuantiti yang banyak.  Boleh gunakan apabila ingin memasak nasi goreng, mee hoon goreng dan mee goreng.  Sambal ini juga, salah satu menu sampingan apabila saya memasak juadah yang tidak pedas.
-------------------
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog.
Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.

Kelas ini kami adakan khas untuk suri yang baru hendak belajar mula bisnes online.
Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.

Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Jom sertai kami dalam kelas online blog ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

No comments:

Post a Comment