Friday, 21 August 2015

Pengalaman Mahu Kembali Bekerja di Rumah


Sumber : http://khushartinikamarulzaman.blogspot.com/

Menjadi kelaziman saya untuk menyuap anak-anak makan terutamanya di hari cuti dan juga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Waktu itu juga mereka akan bercerita perihal di sekolah samada berkaitan kawan-kawan mahupun aktiviti di sana. Menyuap anak-anak makan adalah perkara yang cukup seronok dan teruja bagi saya. Hati melonjak girang apabila tiba waktu makan dek ingin menyuap anak-anak. Saat-saat sebegini mengingatkan saya sewaktu zaman kanak-kanak sehinggalah bersekolah rendah dahulu. Bukan selalu, tetapi memakan sesuatu dari suapan tangan ibu membuatkan saya rasa cukup gembira dan bahagia. Walaupun hanya berlaukkan ikan goreng/ikan singgang/telur mata sekalipun, makanan itu bagaikan mempunyai rasa luarbiasa, nikmat yang terlalu indah. Ditambah pula masakan tersebut adalah daripada air tangan ibu.

Ibu saya biasanya akan turun suapkan makan malam kepada saya dan adik-adik seawal jam 6-6.30 petang sewaktu kami sedang bermain di halaman rumah. Pada waktu itu, ada sebuah wakaf/tempat berehat kecil di hadapan rumah. Kadang kala di situlah tempat kami membuat kerja sekolah, membaca buku, berborak, bermain dan sebagainya.

Disebabkan memori indah sebegitulah, sekarang saya cuba untuk membuatkan anak-anak saya merasai pengalaman yang sama. Ya, saya akui saya sewaktu saya bekerja dahulu, masa saya bersama anak-anak amatlah terhad. Bayangkan, jika saya sudah terlambat pulang atas urusan kerja, urusan anak-anak sudah dibereskan oleh taska. Ada kalanya anak-anak sudah makan malam dan lebih lagi, sudah tertidur di situ. Bukan sahaja saya terpaksa membayar bayaran lebih masa, tetapi saya juga terpaksa berkorban jiwa dan raga, merintih rindukan anak-anak. Anak-anak yang jiwanya masih kecil turut mengorbankan perasaan mereka menuntut kasih sayang dari ibu dan ayah. Bertentang mata dengan anak-anak menjadi sesuatu yang eksklusif bagi kami, apatah lagi ingin menyuapkan makanan untuk mereka.

Apabila mendapat peluang menjadi surirumahtangga sepenuh masa, saya cuba "melangsaikan" balik "hutang" saya dengan anak-anak. Cuba untuk melakukan sebanyak mungkin aktiviti dengan mereka. Tidak pelik untuk saya nyatakan, walaupun mereka sekarang bersama saya setiap masa (kecuali waktu persekolahan), tetapi saya masih terdetik rasa rindu apabila melihat mereka tidur.

Baca lagi kisah perkongsian puan Khushartini Kamarulzaman
http://khushartinikamarulzaman.blogspot.com/…/suapan-seoran…
Kelas blog bisnes penulisan ABDR

Nota 1: Penulisan yang sangat baik kategori penulisan pengalaman.

Nota 2: Penulisan ini juga kaedah menulis perihal kisah surirumah dan kaitan dengan pengalaman mahu kembali bekerja di rumah.

Nota 3: Banyakkan kisah penulisan sebegini kerana ia mendorong pembacaan disukai ramai wanita dan surirumah.

Nota 4: Apabila kita bergabung dengan alumni ABDR, perlu letak url blog, tidak sama sekali buang link asal. Ia cara berintegriti kita membantu promo blog rakan rakan.

Nota 5: Selalu percaya akan prinsip jemaah dan silaurrahim itu adalah salah satu teknik menjemput rezeki. Ikhlaskan diri dalam silaurrahim, kita akan rasa pintu pintu rezeki terbuka.

Jom daftar dalam kelas online blog ABDR, Kita belajar menulis secara konsisten. Belajar berkongsi pengalaman yang menjadi pembaca ketagih untuk membaca dan membaca lagi perkongsian kita di blog.

Kami sentiasa buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar bila-bila masa sedia

Boleh hubungi saya untuk daftar ya.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


No comments:

Post a Comment