Monday, 14 September 2015
Ulangkaji Nota.
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR
Bismillah. Alhamdulillah. Entry tugasan saya yang lalu(sini) sudah disemak oleh puan guru. Terima kasih.
Perbincangan yang rancak di dalam grup tentang tugasan ini juga sangat bemanfaat. Antaranya bagaimana mahu dapatkan idea menulis.
Perkongsian dari rakan sekelas saya, Puan Wan Anie.
Untuk dapatkan idea menulis.
Mula dengan fokus blog, kemudian listkan topik, sub topik. Boleh juga dipecahkan seperti web.
Buat carian berkenaan fokus blog, melalui pembacaan dan perkongsian orang lain di fb juga boleh ditukar kepada penulisan di blog
Perkongsian saya.
Saya lihat kembali label. Ada masanya, saya pergi library atau kedai buku untuk baca buku yang berkaitan dengan niche blog.
Ini senarai semak dari puan guru mengenai tugasan saya.
Nota 1: Dari 40 itu kita mendapat gambaran yang jelas apa maklumat diperlukan pembaca.
Nota 2: Jadikan ia sebagai tajuk entri.
Nota 3: Buat pengulangan berterusan berkaitan entri yang sama tetapi sentiasa update idea dan pandangan baru.
Nota 4: Saring kata carian yang ada kaitan fokus blog sahaja. Yang lain abaikan.
Nota 5; Selesaikan 44 entri berkisar 40 kata carian di atas.
Nota 6: Maksudnya tidak ada istilah tidak ada idea.
Nota 7: Suai padan dengan lima label hasil jawapan analisa. Setiap orang tidak sama.
Alhamdulillah, ada tugasan ini, baru nampak mahu tulis mengenai apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment