Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu ‘alaikum. Selamat pagi. Salam Jumaat. Salam ceria.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.
Aamiin.
Semalam, luangkan masa mengemas di belakang rumah. Rumput pun dah panjang. Semak betul. Lama juga mengemas, dua jam. Mana-mana pokok yang dah rimbun sangat daunnya, saya cantas. Allahuakbar, masa cantas tu nampak pokok lemon sudah keluarkan buah sulungnya. Gembira tak terkata, maklumlah dah tanam pokok ni selama empat tahun. Jauh dia datang, dari Rompin. Sebenarnya, saya pun kurang membelai pokok-pokok yang ditanam. Siram dan tambah baja sikit, kemudian tinggal. Jadi tak sempat nak belek lebih-lebih.
Malamnya, rasa letih. Fikirlah kenapa letih sangat. Hihihi...baru teringat. Itulah lama sangat tak keluarkan peluh. Tidur awal. Kemudian, bangun semula pukul sebelas malam untuk kemas dapur dan sediakan bahan-bahan masakan esok hari supaya anak-anak boleh bawa bekal.
Hari ini, bangun pagi pun agak lewat, dah nak pukul enam pagi. Alhamdulillah, dah sediakan awal-awal bahan yang nak masak.
Bekal anak-anak sepanjang minggu ini.
Menu ringkas dan mudah.
Isnin - pisang goreng, nasi putih+sup bebola ayam+kacang panjang.
Selasa - Pau, nasi putih+sambal kicap ayam+telur dadar+timun.
Rabu - Kentang goreng, nasi putih+ikan goreng+sup sayur kailan.
Jumaat - Kek coklat kukus, nasi putih+kari ayam+telur dadar dan tembikai.
**********
Mahu bekerja dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar asas akaun, klik sini.
Mahu beli buku dan ebook, klik sini .
No comments:
Post a Comment