Wednesday 6 January 2016

Sedekah Mudah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Mulakan hari dengan senyuman manis. Sedekah paling mudah.

"Semoga Allah tidak melalaikan kita dengan kesibukan dunia"

"Semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi"
Aamiiin...

Gambar diambil ketika hari pertama persekolahan.  Lihatlah senyuman anak kembar saya ini.  Sungguh menceriakan, bukan.  Gembira sungguh mereka berdua, maklumlah tahun ini berada di kelas yang sama.  Tambahan pula, kini saya sudah mulakan misi bento untuk mereka. 

********
Soalan yang sering mereka tanya kepada saya.
Kalau saya tak ada line internet atau wifi boleh tak saya sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
Kalau saya hanya guna tab atau phone sahaja boleh tak saya sertai ABDR.*

JAWAPAN :
- Kalau guna phone atau tab, memang sangat boleh untuk sertai ABDR. Yang penting perlu ada talian internet, phone atau laptop.

- Untuk permulaan, pelajar perlu gunakan laptop juga, kerana untuk belajar masukkan layout-layout di blog. Jika gunakan phone dan tab agak sukar, ada kala tak menjadi.
Tapi bila pelajar sudah selesai siapkan blog, untuk proses menulis dan update blog, sangat boleh gunakan phone sahaja.
Lebih mudah bagi kita yang super duper sibuk dengan urusan lain.

- Untuk pengetahuan kalian, saya sendiri sebenarnya hanya online dan ajar student dengan berbekalkan tab yang comel dan talian internet top up.
Masa mula-mula buat blog sahaja saya beli broadband internet top up. Itu pun, jika nak guna laptop baru saya top up line internet tersebut.

- Yang penting TINDAKAN kita nak atau tidak. Nak tunggu sempurna dulu mungkin agak ambil masa, jadi kita kayuh pelan-pelan sampai menuju puncak.

Sumber : Guru Online ABDR - Puan Anys Idayu Zakaria.

Baca lagi maklumat kelas pasukan kami di sini.

Untuk mendaftar, di sini.

No comments:

Post a Comment