Teks : Saniah Mat Sanat
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Tahun ini, saya sekeluarga tambah nilai diri dengan belajar bahasa Al Quran.
Subhanallah, mudah sekali belajar bahasa arab mengikut kaedah dari Al Furqan.
" Pengajian Al Quran yang diterapkan oleh Al Furqan ialah kaedah memahami Arab Al Quran. Pelajar akan mempelajari untuk memahami Al Quran dengan teknik Al Furqan yang sangat mudah dengan tanpa hafalan dan tanpa kerja rumah ". Sumber petikan dari laman web Al Furqan.
Bila dengar tanpa kerja rumah, pantas sekali saya memberi persetujuan semasa ditanya tuan suami. Mulanya, tuan suami dan Along Zikri sahaja yang akan hadiri kelas ini. Rancangan awal saya dan tuan suami, memang khas untuk Along Zikri sebab kami berdua niatkan untuk menghantar dia belajar di Madinah. InsyaAllah.
Seronok berada di dewan kuliah. Belajar bahasa arab tapi pada masa yang sama belajar juga tafsir ringkas Al-Quran. Kelas ini setiap hari jumaat pada pukul lapan setengah malam hingga sepuluh setengah malam. Selama dua jam. Di kelas ini, saya dengar dan ulang kembali apa yang diajar oleh ustaz. Sedikit sahaja nota yang diambil. Surah pertama yang saya belajar ialah surah Al-Fatihah. Allahuakbar, sekarang baca Al-Fatihah saja dah ingat makna-maknanya yang tersirat dan tersurat. InsyaAllah, mudah untuk fokus semasa solat. Belajar asas terlebih dahulu, kata ustaz.
InsyaAllah, kelas ini akan saya hadiri selama sepuluh bulan. Pesan ustaz lagi, jangan ponteng kelas. Walaupun seetiap sesi kuliah dirakamkan dan kita boleh beli rakaman itu. Tapi ustaz beritahu, kita mahu keberkatan belajar.
******
Mahu belajar menulis, sertai pasukan kami di ABDR. Untuk dapatkan maklumatnya boleh baca di sini atau hubungi saya terus di saniah.matsanat@gmail.com atau 0192828266(whatapps atau telegaram)
No comments:
Post a Comment