Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Mulakan pagi ini dengan bersedekah.
Paling mudah, senyuman manis dan ceria untuk ahli keluarga.
Semoga kita semua ditambahkan dan dipermudahkan rezeki hari ini dan hari-hari akan datang. Aamiin.
Ini peristiwa petang semalam.
" Kejap lagi nak siapkan minum petang. Akak nak masak kek coklat kukus. Sapa-sapa yang pm@whatapps, akak jawab malam nanti, ya."
Status di fb saya.
Rupanya ada yang sangka, bila pm dapat kek. Hihihihi...tak sangka, timbul kekeliruan.
Sebenarnya ini salah satu cara saya hilangkan tekanan. Memasak dan melihat ahli keluarga makan dengan gembira. Alhamdulilah sangat membahagiakan. Selain memasak, saya juga suka lapangkan hati dengan membaca, kadangkala window shopping di kedai buku pun boleh. Terpulang kepada kita.
Mudahkan mahu kekal positif - fikir apa yang kita mahu bukan apa yang kita tidak mahu.
Salam ceria, sahabat.
*****
Mahu belajar menulis. Ikuti kelas-kelas dari pasukan kami. Untuk maklumat lanjut baca di sini.
Mahu terus mendaftar, klik sini.
No comments:
Post a Comment