Foto : Akademi Bekerja Di Rumah
Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ini cuaca cerah dan matahari terang bersinar memberi cahayanya. Setelah beberapa hari ia tidak menjelmakan diri.
Di sebalik hari yang indah, ada juga saudara-saudara kita di Kuantan, Terengganu dan Johor mengalami musibah banjir yang lebih teruk dari tahun sebelum ini. Moga semua yang mengalami musibah kali ini tabah menghadapi ujian.
Alhamdulillah. Semalam, saya juga menerima hasil pertama dari berblog. Sebahagian dari rakan saya ada bertanya tentang pendapatan berblog. Sukar juga untuk saya terangkan kerana tujuan saya berblog adalah mencari ilmu selain membina modal sosial yang diajarkan oleh mentor saya.
Pada pandangan peribadi saya, apabila bercerita mengenai berapakah pendapatan yang saya terima ia agak subjektif. Ini adalah kerana rezeki yang Allah berikan tidaklah sama kepada setiap orang. Walaupun begitu andai kita tidak berhenti berusaha dan terus berusaha, InsyaAllah ia milik kita. Selain berusaha perlu juga kita tambah dengan berdoa. Kemudian kita serahkanlah kembali urusan rezeki kita pada-Nya.
Sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi bolehlah kita sama-sama berkongsi. Astagfirullah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment