Monday 17 March 2014

Jenamakan Diri. Hebat Luarbiasa - Bengkel Live Coaching

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Puan Nisa Nua.

Bismillah.  Alhamdulillah.  InsyaAllah.
Orang yang hebat, semangatnya luarbiasa.
Kini  guru online  Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Nisa Nua sudah mengambil satu langkah ke hadapan.
Beliau akan kendalikan bengkel "Branding Yourself Strategies", coaching secara live.

Bagi yang berminat untuk mengetahui cara-cara untuk:

1. Membina Blog Perkhidmatan/Perniagaan Sendiri. (bernilai rm300)

2. Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Kita Sendiri (bernilai rm300)

3. Merekabentuk Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Daftarkan diri  ke bengkel ini.

Ada lagi berita baik ya.
Daftar untuk 3 orang, kita hanya perlu bayar Rm700.
Jadi cepat daftar sekarang.
Pasti ramai yang tertanya Event Apakah ini?

Sebenarnya ianya adalah Bengkel Live Coaching Satu hari

Tentang Strategi Penjenamaan Diri / Perkhidmatan / Perniagaan

[Masalah Dalam Diri Kita]

Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

[Pengalaman Sendiri]

Saya belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pada tahun 2012 saya telah meletakkan jawatan di sebuah agensi kerajaan tempat saya berkhidmat kerana mempunyai masalah pengurusan rumahtangga terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital .

Selama 1 tahun saya cuba menghasilkan pendapatan sendiri. Selama itu saya:
-Membuat, Menjual dan Mengedar Cheesetart
-Menyertai perniagaan MLM
-Menjadi pemborang dan menjual busana Muslimah
-Menjadi ajen Tupperware dan sebagainya

Saya buat bermacam usaha untuk mendapatkan pendapatan kerana sudah berjawatan Suri Rumah Sepenuh Masa. Suami tidak suruh tapi saya yang sudah biasa ada gaji sendiri merasa janggal tanpa pendapatan sendiri.

[Mencari Mentor]

Lama juga saya mengalami "zaman meroyan dan kegelapan". Walau banyak usaha yang dilakukan, ia seolah-olah pembaziran tenaga dan masa kerana tidak mengetahui teknik-teknik sebenarnya. Dan saya katakan pada diri sendiri " Sudah, Nisa! Tak perlu bereksperimen lagi! Jangan buang masa, cari mentor segera."

Seawal perletakkan jawatan setahun yang lalu tersebut, saya menghadiri seminar Advance Marketing Power oleh pelatih jutawan terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Beliau banyak berkongsikan cara. Saya aplikasikan kepada kesemua perniagaan di atas, dan ia mendapat sambutan ramai.

Namun, saya tersentak apabila ayah saya sendiri berkata " Baru untung rm50 dan riuh sekampung" setelah saya berjaya membawa hasil pulang sehari selepas pulang dari pejabat pos dengan berjalan kaki di panas terik kerana poskan barang dan borang yang dipesan oleh pelanggan onine.

Akhirnya saya bertemu dengan Mentor yang secocok dengan gaya kehidupan yang saya perlukan. Saya mendapat mentor yang juga seorang suri rumah namun berpendapatan dari rumah. Saya "membayar" untuk berilmu dengan beliau. Dan alhamdulillah, "bayaran" tersebut bukan sekadar pulang modal namun berlipat kali ganda keuntungannya. Ilmu apakah itu? Ya, itulah yang saya akan kongsikan dan saya akan berikan langkah demi langkah untuk kita :

-Mula pandang Kepakaran
-Mula pandang Ijazah yang ada
-Mula pandang Hobi dan Minat

Kemudian:

-Bagaimanakah cara untuk "menjenamakannya"?
-Bagaimana untuk "mendesignkannya"?
-Bagaimana untuk "memperkenalkannya"?

Apabila kita mengetahui tekniknya, dari rumah juga boleh "dikenali" , mendapat pelanggan dan perniagaan berjalan maju dan terus maju. Jika ada yang bercita-cita ingin menjadi ibu suri berijazah dan bekerja sepenuh masa di rumah (working mother at home) , ini adalah ilmu yang sangat diperlukan. Jika ada yang menjalankan perkhidmatan "professional" namun terpaksa tutup premis dan mula menjual baju atau coklat, inilah masanya untuk belajar teknik-teknik yang akan didedahkan untuk anda bangun semula perkhidmatan professional anda dengan penuh gaya dan kemesraan dengan pelanggan. Bagaimanakah caranya? Hadir ke Bengkel Live Coaching ini.

Insyaallah. Berbekalkan semangat luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah swt, saya bersemangat berkongsi dan wajib berkongsi pengalaman dan ilmu seciput yang ada untuk membantu masyarakat kita untuk :

-bangun dari leka
-untuk tidak lagi bersedih dan bermurung
-untuk tidak lagi berada dalam kegelapan

Sudah tiba masanya untuk :

-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana.

3 Lokasi untuk ditempah tempat duduknya:

-Melaka ( 5 April 2014)
-Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
-Kelantan (26 April 2014)


Mohon untuk sebarkan kepada mereka yang lain. Mungkin kita "tidak perlukan" tapi kenalan kita dan orang sekeliling kita sangat memerlukannya. Apa yang baik kita sampaikan. Moga ianya dipanjang-panjangkan dan dimanfaatkan. Insyaallah

Untuk pendaftaran hubungi saya.
Emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp : 0192828266
Facebook : Saniah Mat Sanat

Bayaran boleh terus dibayar di sini.

Sunday 16 March 2014

Allah Maha Mengetahui.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Saya semakin sembuh dari kemalangan tempoh hari.  Kejadian tersebut memberi satu titik tolak dalam hidup saya.  Banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Saya dapat rasakan Allah mendidik dan menegur diri ini.  Apapun, Allah Maha Besar.   Saya akan kuatkan semangat.  Masih fobia juga.

27hb Febuari 2014.

Pagi - Hari ini adalah hari terakhir Karnival Sukan Sekolah anak-anak.  Seperti biasa, ibu merekalah yang terlebih teruja ingin melihat pembarisan rumah sukan.  Sebelum pergi, saya masak tengahari dulu. Maklumlah nak habiskan masa di tepi padang sepanjang pagi.

Tengahari - Karnival sukan habis lebih kurang pukul satu setengah petang.  Bila balik rumah, saya dan suami merancang untuk keluar.  Tujuannya nak ambil tab yang dihantar untuk dibaiki di Midvalley.  Lagipun dah lama juga tidak keluar berdua bersama suami.

Petang - Kami berdua bertolak lebih kurang dua setengah petang.  Baru, lima belas minit perjalanan, kami berdua terlibat dengan kemalangan.  Saya akan sambung lagi, buat masa sekarang masih belum boleh lagi.  InsyaAllah.



Masih mencari-cari idea untuk bisnes dari rumah?

Dapatkan pakej ebook ini untuk bantu kalian mengambil langkah pertama untuk bergelar usahawan dari rumah.
Hanya bayar harga untuk satu ebook, dapat 2 ebook.
Selagi promosi belum berakhir.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
facebook : saniah.matsanat

Thursday 13 March 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.


Bismillah.  Alhamdulillah.  Kelas terbaru dari akademi.  Kelas Asas Akaun.

Ulasan Kelas Asas Akaun- Zaila Mohamad

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita:P)

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga. Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan.
http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html


=======================================================


Pendaftaran Kelas Asas Akaun untuk WAHM/SOHO bagi tarikh berikut masih dibuka:
24 mac 2014
dan 31 mac 2014
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Juga dibuka pendaftaran bulan April bagi tarikh berikut:
07.04.14
14.04.14
21.04.14
28.04.14
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Untuk pendaftaran hubungi saya
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: saniah.matsanat




Wednesday 12 March 2014

Salam Kembali.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google




Bismilllah.  Salam kembali.  Lama betul saya tinggalkan blog kali ini.  Banyak cerita yang ingin saya kongsikan untuk semua.  Sebelum itu, saya berharap semua yang membaca blog ini tidak terkejut dengan kejadian yang menimpa saya.


Kehilangan diri saya bersebab, sekarang saya masih dalam proses merehatkan diri.  InsyaAllah, saya sudah semakin sihat.  Pada 27hb Febuari yang lalu, saya dan suami mengalami kemalangan jalan raya.  Ya, itulah yang terjadi.


InsyaAllah, saya akan berkongsi cerita dengan semua.  Sekarang, saya mahu rehat dulu.

Kelas asas blog masih menerima pendaftaran setiap hari.  InsyaAllah.  Boleh hubungi saya melalui email : saniah.matsanat@gmail.com
Facebook : Saniah Mat Sanat

Promosi terbaru ebook.