Tuesday, 2 February 2016

Ebook Super WAHM Super MOM(edisi kemaskini)

Sumber : Ebook Super WAHM Super MOM
Foto : ABDR

Assalamu 'alaikum. Selamat pagi dan salam ceria. Mulakan dulu dengan niat lillahi taala dan selawat atas nabi kita.
Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau redhai dan ianya membantu ramai orang lain! Aamiin.
Ubah kebiasaan
- Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada. Jadikan ia fleksibel mengikut kesibukan kita.
Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.
- Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat.
Saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.
- Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat.
Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu memberi perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.
Sumber: Ebook super wahm super mom(edisi kemaskini)
Ebook bonus setiap pendaftaran kelas asas blog pasukan kami.

No comments:

Post a Comment