Wednesday, 24 February 2016

Catatan Harian-24hb Februari

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamu ‘alaikum.  Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.

Aamiin.

Alhamdulillah. Rutin harian masih seperti biasa. Hari ini, jadual mencuci pakaian. Semenjak anak-anak sudah besar, tugas mencuci juga selalu diberikan kepada mereka terutamanya hujung minggu. InsyaAllah, esok mahu mengemas pula.  Ini salah satu cara untuk kita tidak mahu jemu lakukan perkara yang sama.

Awal pagi tadi juga sudah masak untuk makan tengahari. Sekalikan dengan waktu sediakan sarapan pagi. Tugas menjadi lebih mudah. Boleh tumpukan perhatian update post di facebook, istagram dan blogger.


Nota pagi.
Konsisten itu sangat perlu dalam ada jua perkara, begitu juga apabila menggunakan blog sebagai salah satu alat pemasaran online.
Sumber : Kelas Asas Blog
===========================

Soalan:
Bukankah semua orang boleh menulis blog?
Jadi apa perlunya belajar di kelas blog pula?
Jawapan:
Ya betul. Semua orang boleh menulis blog.
Kita semua sudah ada kemahiran menulis sejak kecil.
BEZAnya, kita PERLU tambahkan lagi ilmu seandainya kita mahu menulis blog berinformasi, mempunyai trafik tinggi dan blog yang dapat membantu kita menjana pendapatan. Belajar cara menulis yang betul, insyaAllah boleh memberi hasil yang kita mahu.
===========================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Apa beza kedua-dua kelas ini?
Kelas Asas Blog dan Penulisan
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
3) Belajar menulis mengikut fokus produk.
4) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.

Kelas Asas Mula Bisnes Online
1. Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk/servis.
2. Belajar menulis secara fokus mengikut lima label utama.
3. Belajar bina borang tempahan.
4. Khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
5. Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara.
6. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi kami bila kalian sudah sedia.


No comments:

Post a Comment