Sunday, 30 October 2016

Cerita Hari Ini

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.
Menu tengahari tadi, ikan patin masak tempoyak. 

Pagi tadi, Kak Ani lewat sikit sediakan sarapan pagi, maklumlah hari minggu. Kak Ani sediakan, nasi goreng ikan bilis dan jemput-jemput pisang. Baki nasi semalam sedikit, itulah sebabnya Kak Ani masak jemput-jemput juga.

Tengahari, masak istimewa sedikit, ikan patin masak tempoyak. Kali ini, Kak Ani habiskan tempoyak yang mak berikan tempoh hari. Ikan patin ini, tuan suami belikan di pasar malam semalam. Kak Ani masak kesemuanya sekali. Mudah, esok boleh puasa.

Tiada apa-apa yang mahu Kak Ani tuliskan di sini hari ini. Sekadar catatan harian, seperti diari. Mahu menulis seperti Kak Ani,


Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.

Thursday, 27 October 2016

Esok Sudah Mula Cuti

Teks : Saniah Mat Sanat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat hari Khamis. InsyaAllah, esok anak-anak sudah mula bercuti. Berbaki seminggu lagi untuk sesi persekolahan tahun ini. Hari ini pula, hari terakhir peperiksaaan mereka.

Semoga lancar dan dipermudahkan Kak Su Aina dan Kak Ngah Aida menjawab soalan dan hafazan hari ini. Aamiin.

*********

Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.

Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?

Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.

Monday, 24 October 2016

Hatiku Tiada.

Teks : Saniah Mat Sanat


Hari ini, tidak dapat menulis seperti biasa. Masih 'online' tetapi tiada hati mahu melakukan aktiviti apa pun. Namun masih membaca.

Ini cara Kak Ani, apabila mahu hilangkan tekanan. Sesekali diamkan diri, ambil masa untuk bertenang.

Tambahan pula bekalan air masih belum pulih lagi di sini. Tunggu sajalah.

#catatanharian2016

*********
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.

Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?

Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.

Saturday, 22 October 2016

Spageti Tomyam Kak Ani

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat


Kak Ani mahu kongsikan resepi spageti goreng tomyam hari ini. Sebenarnya masaknya lebih kurang seperti mee goreng. Bezanya hanya perlu rebus dahulu spageti.

Sediakan sebungkus spageti dan rebus. Ikuti arahan merebus di bungkusan. Sambil itu, Kak Ani potong dadu sebiji bawang holland, dua ulas bawang putih. Boleh juga ditambahkan tomato, ini terpulang. Setengah dada ayam yang dipotong kecil.

Apabila bahan sudah disediakan, sudah boleh tumis bawang, apabila naik bau masukkan tomato dan kacau sebentar. Kak Ani tambah tiga sudu paste tomyam Adabi dan setengah sudu kecil serbuk cili. Jika tiada serbuk cili, boleh tukarkan dengan cili kisar. Sudah naik bau, Kak Ani masukkan ayam tadi dan tambahkan setengah cawan air(agak-agak).

Sudah masak ayam, tambah pula sebungkus serbuk nasi goreng cina Adabi. Kacau sebentar, dan masukkan spageti. Gaul sehingga bahan tumisan tadi sebati dengannya. Siap spageti goreng tomyam. Sudah boleh dihidang dan makan bersama ahli keluarga. Sebelum dihidangkan, boleh tambah hirisan daun limau purut untuk menambah rasa dan daunya.

Kak Ani, The Writer
#catatanharian2016 #teamABDR

*************
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.

Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?

Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.

Sarapan - Dua menu.

Teks : Saniah Mat Sanat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, semua.

Pagi ini, Kak Ani masak nasi goreng ikan bilis dan kentang goreng. Tadi kentang goreng yang Kak Ani masak versi pisang goreng, ya.

Resepi nasi goreng Kak Ani.
Kak Ani cuma tumbuk ikan bilis, bawang putih dan sebiji cili padi. Tumis sampai kekuningan, tambah garam dan telur sebiji. Kemudian masukkan nasi. Goreng sampai sebati. Sudah boleh dihidangkan dan makan. Ini resepi dari nenek Kak Ani tetapi biasalah olah sedikit.

Jarang Kak Ani masak sampai dua menu sekaligus. Tetapi hari cuti kan, jadi tidak perlu terkejar-kejar sangat. Ya, beginilah rutin Kak Ani. Hari sabtu dan ahad lebih santai. Rehat-rehat bersama keluarga.

Kak Ani, The Writer.
#catatanharian2016 #teamABDR #AkademiBekerjaDiRumah

Friday, 21 October 2016

Mahu Gembira?

Teks : Saniah Mat Sanat


Pagi ini, sediakan spageti goreng tomyam. Sudah lama Kak Ani tidak sediakan menu ini. Kali ini, Kak Ani hiris halus daun limau purut untuk menambahkan rasa dan bau wanginya. Berselera sekali tuan suami dan anak-anak makan.

Kak Ani rasa gembira melihatnya. Rasa begitu disayangi. Mudah kan, mahu gembirakan hati sendiri dan ahli keluarga. Macam Kak Ani, caranya ialah memasak.

Begitulah kawan, mahu gembira tidak semestinya perlu lakukan hal-hal luar biasa. Lakukan perkara yang biasa-biasa pun kita sudah boleh merasakannya. Paling mudah, berikan senyuman manis kita. Boleh kan?

Kak Ani, The Writer.
#teamABDR #AkademiBekerjadiRumah #catatanharian2016

******

Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.

Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?

Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.

Wednesday, 19 October 2016

Selamat Tinggal

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Allahuakbar. Sedih jugalah apabila telefon kesayangan pecah skrinnya kerana jatuh terhempas pada awal tahun. Namun begitu, ia masih boleh digunakan.

Namun akhirnya, hari ini, ia sudah hilang kemampuan untuk berkhidmat. Apapun saya memang puas hati selama menggunakannya.

Begitulah kawan, walaupun sayang, apabila sampai masanya perlu dilepaskan juga. Mana tahu, dapat yang lebih baik lagi. Bukankah, patah tumbuh, hilang berganti.

Tuesday, 11 October 2016

Peperiksaaan PT3

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Kelab Kelas PT3 Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi.
Sebelum peperiksaan, pihak sekolah jemput ibu bapa ke majlis solat hajat untuk anak-anak ini. Kali ini kedua-dua anak saya menghadapinya. Tambah berdebar-debar sebah ada dua orang. Lain sekali perasaannya. Nampak sahaja tenang tapi dalam hati risau juga.

Moga anak-anak berjaya. Aamiin.

Friday, 7 October 2016

Menu Minum Petang

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Alhamdulillah. Inilah hasilnya, cempedak goreng. Menu minum petang semalam.

Bau cempedak saja bila ke dapur. Kelmarin, sediakan semasa sarapan. Ini pun masih berbaki dua biji lagi.

Begitulah kawan, rezeki. Mahu beli diluar, agak mahal juga harganya. Sudah lama juga terpandang-pandang buah ini. Teringin. Alhamdulillah, akhirnya dapat makan. Puas hati.


Tuesday, 4 October 2016

Kiriman Dari Kampung

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pagi tadi, kakak ipar hantar pesanan. Tulisnya, mak ada kirimkan buah cempedak. Mahu dihantar ke rumah atau mahu saya ambil sendiri di kediamannya. Pantas sahaja saya menjawabnya, mahu ambil di sana. Bukan apa, memudahkannya.

Tadi, dalam pukul sepuluh saya sudah berada di sana. Mahu ambil kiriman mak. Rupanya bukan sedikit buahnya, banyak. Lihatlah gambar. Cukup untuk kami sekeluarga. Bukan itu saja, mak kirimkan sekali pucuk ubi, cili padi dan limau kasturi.

Mahu tahu tidak? Lama sudah saya sebut-sebut mahu makan cempedak goreng. Tapi saya mahu cempedak dari Keratong. Buah cempedak dari belakang rumah mak abah memang manis. Dulu-dulu, buahnya lagi besar dari sekarang. Kali ini, saya mahu jerukkan kulit cempedak. Mahu jadikan mandai, salah satu makanan orang banjar. Sedap dimakan bersama nasi panas.




Monday, 3 October 2016

Anak Dara Ke Dapur

Sunday, 2 October 2016

Dengarkan Suaranya

Teks : Saniah Mat Sanat

Baik isteri, mahupun suami. Ada masanya tadahkan telinga sahaja mendengar apa sahaja cerita-cerita yang diperkatakan.

Usah berikan penyelesaian kerana adakalanya, si dia hanya mahu berkongsi rasa hati. Hanya sedikit sentuhan boleh sahaja menenangkan.

Kak Ani, The Writer
#kahwinmuda
#AkademiBekerjaDiRumah


Rahsia Penulisan Berpengaruh

Buku ini sangat sesuai untuk newbie yang mahu menulis.

Harga - rm22 termasuk pos.

Hubungi - 019 282 8266


Saturday, 1 October 2016

Rawatan Sakit Gastrik.



Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Mahu kongsikan rawatan tradisional sakit gastrik. Sudah dua hari saya alaminya. Dari bujang sudah ada penyakit ini. Cuma sekarang sudah jarang sakit.

Sebenarnya saya kurang sukakan ubat gastrik yang berwarna putih itu. Itulah asbab mencari cara yang lain.

Setelah Google, saya cuba dua cara. Iaitu minum air masak bercampur madu dan bawang putih yang sudah dibakar.

Caranya ialah  bakar bawang putih atas api dalam dua atau tiga minit dengan kulitnya sekali.

Biarkan sejuk sedikit, buang kulit dan basuh bawang untuk buangkan hitam-hitam yang terhasil dari kesan bakar tadi. Kemudian, boleh dimakan.

Alhamdulillah, berkesan. Kongsikan jika bermanfaat.



Posted via Blogaway