Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto dan rujukan : Puan Masayu Ahmad.
Bismillah.
InsyaAllah.
Bolehkah saya berhenti kerja dan mulakan bisnen online?
Bagaimana aya mahu mulakan, saya tiada pengetahuan?
Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti bekerja?
Dapatkan jawapan-jawapan tersebut dari ebook ini.
Ebook SuperWAHM SuperMOM
Tinta dari pengarang.
Pembaca disayangi Allah sekalian,
Selagi mana Allah memberikan saya rezeki dalam bentuk idea yang mencurah, maka selama itulah saya akan meneruskan daya juang dalam penulisan. Ini sahaja yang mampu saya tinggalkan agar seciput usaha ini mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada lebih ramai diluar sana.
Catatan ibu, isteri dan wanita,
Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat
Masayu Ahmad
24.2.2013
MILIKI NASKAH INI HANYA RM25 SAHAJA.
Super Wahm, Super Mom
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa 5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat
Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
Apa yang menarik dalam ebook ini?
Kerjaya pertama saya selepas menamatkan pengajian adalah sebagai executive bank di HSBC Data Processing Centre di Cyberjaya pada tahun 2003. Dalam masa setahun dan menjadi process specialist dalam team berkenaan, saya berpeluang mempelajari selok belok customer service, berurusan dengan pelanggan bank di UK secara online dan di telefon, menghubungi pihak bank antarabangsa lain yang terlibat dalam ...urusan pemindahan wang dan bertanggungjawab melatih executive baru dalam proses berkaitan.
Pendedahan terhadap kemahiran customer service ini memberi semangat untuk saya memulakan perniagaan kraftangan perkahwinan secara online. Saya memulakan perniagaan maya bungatelur.com secara rasmi dari rumah pada tahun 2006 setelah berhenti kerja. Saya juga suka berkongsi pengetahuan dan berkemampuan mengajar orang lain yang berminat. Ini membolehkan saya menjadi tenaga pengajar untuk kelas bunga telur dan kelas decoupage.
Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan.
Sumber: Ebook Super Wahm, Super Mom.
Untuk tempahan sila bayar sini.
Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada : saniah.matsanat@gmail.com. atau pm saya.
No comments:
Post a Comment