Saturday, 7 December 2013

LAPAN ‘P’ PETUA ERATKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI


Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google.


Bismillah.

InsyaAllah, petua ini jugalah yang saya amalkan sepanjang perkahwinan saya selama lima belas tahun.  Sepanjang perkahwinan, tipulah jika saya dan encik suami sentiasa sama sahaja pendapat kami.  Adakalanya berbeza pendapat juga.  Apapun, apabila kita sama-sama memberi dan menerima , kita akan merasakan kebahagiaan berkeluarga.  Cubalah saling bertolak-ansur dan sudah tentu sama-sama pentingkan sifat sabar.

Baiklah kali ini saya kongsikan lapan ‘P’ petua untuk mengeratkan kasih sayang antara kita suami dan isteri.

1. PERMOHONAN
Paling utama tentunya  kita berdoa kepada Allah supaya mengeratkan kasih sayang antara kita suami isteri serta dijauhkan dari godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.

2. PUJI
Semua orang sukakan kata- kata pujian.  Jadi setiap pasangan adalah perlu untuk saling puji memuji antara satu sama lain.  Contoh.. kalau isteri masak, suami boleh  memuji masakan tersebut atau mengucapkan terima kasih apabila pasangan kita memberikan pertolongan. 

3. PELUK
Ini satu tindakan fizikal yang utama.  Pasangan suami isteri hendaklah kerap memberi pelukan antara satu sama lain, sekerap yang mungkin.  Contohnya, kita berikan pelukan semasa suami hendak pergi bekerja dan selepas pulang dari kerja.  Pelukan adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang antara kita, suami isteri.

4. PENGHARGAAN
Tidak semestinya dalam bentuk metarial.  Mungkin dengan memasak masakan kegemarannya ataupun ucapan terima kasih.

5. PERHATIAN
Setiap pasangan perlu memberi perhatian antara satu sama lain. Mengambil berat antara satu sama lain.  Contohnya, apabila pasangan kita mempunyai hobi, berilah sokongan.  Ini kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

6. PERSEFAHAMAN
Setiap pasangan perlu sama-sama mengekalkan persefahaman antara satu sama lain.  Sama- sama tetapkan matlamat ke mana arah tuju.  Ini kerana tanpa persefahaman agak sukar untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

7. PERGAULAN
Suami isteri WAJIB menjaga pergaulan masing- masing dengan orang lain. Ini bagi mengelakkan pergaulan itu melampaui batas dan menimbulkan rasa cemburu dan juga boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga.

8. PERCUTIAN
Orang kata sesi bulan madu kedua.  Suami isteri perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin. Bulan madu kedua ini boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan mengimbau kembali kenangan pertama bulan madu.


Astagfirullah.  Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment