Monday 23 December 2013

Jalan Terus.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

InsyaAllah.  Apabila membaca 'post' guru online saya, Puan Aishah Hussein. Saya amat bersetuju dengan apa yang beliau tuliskan. Perkongsian yang memotivasikan untuk saya kembali terus melangkah sebagai seorang yang lebih berkeyakinan.  Terima kasih, cikgu.  Usaha Tangga Kejayaan.


Kejayaan bukan datang bergolek.

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Tengahari tadi selesai sudah kelas offline.  Lewat petang badan sudah seram sejuk, tekak mula perit memberi tanda untuk berehat sebentar.  Terima dengan redha segala pemberianMU wahai Allah.

Bagi yang ingin mula bisnes dari rumah secara online, boleh mula dengan apa yang ada.  Bina blog dan fanpage untuk permulaan dan promo produk.  Apabila sudah pulang modal, tambah ilmu dengan belajar teknik pemasaran dari pakar IM yang lebih hebat.

Kejayaan bukan datang dalam sehari dua. kadang-kala makan tahun.  Perlu usaha dan istiqomah.  Jika cepat mengalah memang akan cepat ketinggalan di belakang.

Ada yang berharap apabila siap bina blog dan fanpage, jualan akan melantun-lantun.  Mungkin juga tidak mustahil jika produk kita memang produk yang laku keras.  Tetapi bagi yang baru menapak dan menjual produk yang banyak dijual oleh orang lain perlu lebih menonjol untuk menarik minat pelanggan. Blog perlu diisi dengan perkongsian yang menarik agar dapat menarik pembaca yang juga akan menjadi pelanggan kita suatu hari nanti, inshaallah.  Tidak semestinya gambar produk sahaja tetapi berkongsi tips dan kebaikan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca.


Bagi yang ingin mula bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan mendaftar di salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

InsyaAllah.  Boleh baca pelbagai pakej pilihan hati di sini ataupun hubungi saya melalui

email : saniah.matsanat@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat





No comments:

Post a Comment