Friday 17 January 2014

Tempahan Rekaan 'Cover Image Facebook'

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Alhamdulillah.  Saya juga menerima tempahan rekaan 'cover image facebook' dari rakan-rakan.  Salah satu tempahan rekaan telah siap, rekaan ini ditempah oleh salah seorang rakan akademi iaitu Puan Ashikin Hashim.


Terima kasih banyak-banyak, Puan Ashikin Hashim.

Ebook ini juga boleh ditempah di sini.

Insya-Allah.  Astagfirullah.



Thursday 16 January 2014

Bekerja dari Rumah.

Teks : Saniah Mat Sanat.



Ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing.
Contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah.  Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran.  Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, facebook, blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom

Kenapa perlu ada blog.  Blog adalah platform untuk kita menjana pendapatan pasif.  Sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah.  Belajar membina blog untuk berkongsi kepakaran atau mempromosikan produk kalian.

Baca dulu ebook 101 Idea Home based Bisnes sebagai persediaan untuk bisnes dari rumah.


Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :

email : saniah.matsanat@gmail.com
Facebook : Saniah Mat Sanat

Thursday 9 January 2014

Pakej Ebook- 101 Idea Mula Bisnes Makanan


Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Alhamdulillah.  Insya-Allah.


Ebook Belajar Asas Blog.

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog

Bab 2: Langkah Demi Langkah

Bab 3: Blog Bisnes

Bab 4: Rancang Penulisan

Bab 5: Jenis Entri Penulisan

Bab 6: Penulisan Berpengaruh

Bab 7: Tips Penulisan

Bab 8: Motivasi Menulis

Bab 9: Asas Suntingan

Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Petikan Bab 9: Motivasi Menulis

44-catatan harian

- Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis. Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog
-Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.
-Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaaan 44 hari ini memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.
-Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima hingga 10 minit sahaja. Tulis semula apa yang dicata. Terus tulis dan publish, jangan ada perasaan teragak-agak.
-Apabila kita sudah berada dalam zon bertenang, kembali lihat semula entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisan sedia ada.
-Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informasi ringkas. Ia adalah cara paling mudah untuk menarik pembaca suka berkunjung.
-Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang dikongsikan.
-Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih bersahaja, dan blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.
-Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak ada entri baru.
-Istilahnya seperti menjemput tetamu, dan tetamu itu adalah rezeki.
-Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik, mudahan ia kembali membawa rezeki untuk kita.
Jika tidak hari ini, mungkin esok, atau lusa, atau datang banyak serentak. ;)

Ebook- 101 Idea Mula Bisnes Makanan.

Teks: Aishah Hussein.

Apabila kita memikirkan tentang bisnes makanan, otak kita terus terbayang akan menjual pelbagai juadah atau pun terbayang kedai makan dan gerai.  Tetapi pada hakikatnya, bisnes makanan adalah lebih luas cabangnya.

Terpulang kepada kalian untuk memilih cabang mana yang kalian ingin ceburi.

Antara rangkaian bisnes makanan adalah:
1. Pembekal Bahan Mentah
2. Pengusaha Makanan
3. Kelas Memasak
4. Kedai Bahan-bahan bakeri atau peralatan bakeri
5. Peniaga Pasar Malam
6. Kedai Makan
7. Gerai Nasi Lemak
8. Kedai menjual peralatan memasak
9. Gerai Menjual Burger
10. Kiosk
11. Gerai buah-buahan
12. Gerai minuman
13. Gerai menjual berjenis-jenis jeruk
14. Kedai Makanan Segera

Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat Pelanggan Online

Bab 8: Produk digital vs produk fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses





Monday 6 January 2014

Kurang Ilmu, Tiada Mentor.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Koleksi Peribadi.



Bismillah.

Alhamdulillah.  Insya-Allah.  Sebelum saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.  Saya juga pernah  berbisnes dari rumah.  Saya pernah menjual kain pasang, menjual muruku, menjual kuih raya, menjadi ahli Tupperware dan ahli Cosway.  Namun semua itu tidak saya lakukan secara bersungguh-sungguh.  Agaknya kerana kurang keserasian.

Selain faktor kekurangan ilmu dan tiada mentor, saya dapat rasakan ia bukan minat saya.  Justeru itu, apa saja yang saya cuba lakukan selalunya hangat-hangat tahi ayam sahaja.  Walaupun saya mendapat sokongan penuh dari encik suami.

Alhamdulillah, saya punya minat yang mendalam dalam aktiviti membaca.  Pantang jumpa apa sahaja bahan yang boleh dibaca pasti saya tidak pernah melepaskan peluang untuk membacanya.  Ternyata minat saya kini boleh menjana pendapatan.  Insya-Allah, dengan harga serendah rm150.  Kita boleh sertai kelas asas blog secara online.

--------

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi kurang tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih kurang tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :

email : saniah.matsanat@gmail.com
Facebook : Saniah Mat Sanat





Sunday 5 January 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan.

 Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Alhamdulillah.  Tahniah.  Baca perkongsiaan rakan kelas online saya.  InsyaAllah.

Rakan saya hanya mengambil masa selama dua bulan untuk menyelesaikan tugasan.  Katanya, "macam lari pecutan 100m nak selesaikan tugasan terakhir" :) mana tidaknya, bergelut dengan tugas seorang SAHM dan beberapa dugaan dengan line internet.
--------------------
Teks: Suhaila Rahim.

Sumber:  http://suhailarahim.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas-belajar-asas-blog.html

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki.

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online.

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

-------------------

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada 
email : saniah.matsanat@gmail.com
sms/what apps : 0192828266

Urus Masa, Urus Keluarga.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Alhamdulillah.

Sedikit demi sedikit, kita teruskan perjalanan. Teruskan langkah mendaki ke puncak. Usaha Tangga Kejayaan.

Urus masa, urus keluarga.

****
Insya-Allah, kami di Akademi Bekerja Di Rumah mencari rakan niaga/pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.


Mahu mulakan bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini kita tidak perlu risau lagi.

Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka.  Kita hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Kita hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

InsyaAllah dengan kesungguhan, kita boleh menjana pendapatan dari rumah.  Peluang ini boleh dipilih mengikut pilihan hati suri sekalian.

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada  
saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266
atau pm saya di Facebook

Saturday 4 January 2014

Tempahan Rakan Kelas Online.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Saniah Mat Sanat dan Monalita Mansor.

Bismillah.

Alhamdulillah.  Tempahan dari rakan kelas online, Akademi Bekerja Di Rumah telah siap direka dan akan dihantar untuk dicetak.  Terima kasih Kak Monalita Mansor kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mereka banner ini.

Astagfirullah.  Wallahu'alam.
----------------------------

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih kurang tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :
Facebook: saniah.matsanat
email : saniah.matsanat@gmail.com


Friday 3 January 2014

Salam Tahun Baru 2014.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Puan Masayu Ahmad.

Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah tiga hari kita semua berada dalam tahun 2014.  Saya baru sahaja dapat bersiaran sepenuhnya dari SOHO saya.  Rasanya belum terlambat saya ucapkan selamat tahun baru.  Dengan datangnya tahun baru, moga kita semua menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Tetapkan matlamat dan capai impian kita.  Usah kita fikirkan peristiwa pahit dan maung yang telah berlalu.  Lagi cepat kita bertindak, lebih cepat kita dapat hasilnya.


Normi seorang ibu bekerja di rumah berkongsi dengan saya..
"Cabaran yang sukar adalah apabila anak asyik berkepit dengan kita. Berilah mereka
apa sahaja mainan, aktiviti, masih juga mahu duduk bersama kita. Jika mengadap
komputer, mereka juga mahu sama menulis blog."

Ok, kita kembali semula apa tujuan asal untuk kita kembali berada di rumah. Sudah tentu
imbangan keluarga dan kerjaya. Anak-anak adalah antara kriteria pertama yang kita jadikan
alasan. Untuk mengurus mereka. Tidak lagi perlu hantar ke pengasuh atau di bawah
tanggungjawab pembantu rumah.

Penyelesaiannya adalah bekerja di rumah. Cabarannya bagaimana pula untuk menangani dan
mengurus anak-anak, baca lagi perkongsian selanjutnya dalam ebook super wahm super mom ;)

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com
Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM150.

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan hubungi saya di :
email : saniah.matsanat@gmail.com
sms/what apps : 0192828266
add saya di facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat