Sumber : Puan Intan Haji Daud aka Intan Yumerza.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mengetahui tentang kewujudan Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif melalui iklan yang saya temui di laman facebook Puan Monalita Mansor. Kali pertama mengetahuinya hati saya sudah terpaut. Saya begitu yakin kelas yang dijalankan secara 100% online ini begitu sesuai untuk saya yang merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
Sebaik sahaja saya secara rasmi menjadi pelajar Kelas Asas Blog Dan Penulisan Kreatif, perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah mengisi semakan analisa tentang diri saya. Saya perlu menyatakan nama mengikut IC, tahap pendidikan, pengalaman bisnes, minat dan kemahiran. Pada tahap ini saya menyedari saya akan melalui jalan yang panjang kerana saya betul-betul zero dalam semua perkara.
Pengalaman membuat blog tidak akan dapat saya lupakan. Berpandukan E Book Asas Blog serta bimbingan guru online saya Puan Monalita Mansor yang sentiasa sabar memberi tunjuk ajar, akhirnya saya mampu membina email dan blog yang mengambil masa hampir dua hari. Terimakasih cikgu!
Memasukkan label mengikut kategori juga amat mencabar. Bermula dengan Blog Akademi, Soho directry, Like Page Wham Sham soho, senarai blog guru serta alumni. Saya di beritahu semua ini amat penting bagi kolaborasi dan juga aliran trafik ke blog saya. Selepas hampir sebulan menjadi pelajar, blog saya hampir lengkap dengan label yang perlu saya masukkan. Alhamdulillah.
Sejujurnya kali pertama tugasan membina blog, saya tidak faham apa kaitanya dengan dunia penulisan. Setelah membaca E Book Asas Blog berulang kali, saya mula memahami serba sedikit.
Melalui blog, saya boleh memperkenalkan diri serta produk yang ingin saya ketengahkan kepada dunia online. Bukan sekadar itu, saya dapat berkongsi minat dengan sesiapa sahaja di luar sana. Bagi mereka yang mengikuti kelas asas penulisan seperti saya, blog amat sesuai dijadikan sebagai pusat latihan penulisan dan mempromosikan diri kepada dunia penulisan.
Hasil pembacaan E Book Asas Blog, saya mengambil kesimpulan untuk memiliki sebuah blog yang sentiasa disukai dan dikunjungi kita perlu memastikan agar sentiasa ada entri baru dan segar setiap hari. Tidak kiralah entri itu panjang atau cuma satu paragraph. Satu lagi perkara yang amat penting untuk diamalkan ialah kita harus menulis CUMA yang kita mahir dan tahu.
Ulasan kelas oleh Intan Yumerza a.k.a Intan Haji Daud
No comments:
Post a Comment