Tuesday 29 September 2015

Jerebu Lagi

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah. Alhamdulillah. Anak-anak sudah ke sekolah. Semalam, sekolah ditutup kerana jerebu. Hari ini, sekolah di Melaka dan Johor pula yang ditutup.

Cuti sekolah, kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Anak-anak pula kurang sihat semenjak jerebu melanda. Batuk dan demam selsema. Sambutan hari raya korban hanya sederhana sahaja. Tambahan pula, kami sekeluarga tidak pulang beraya di kampung.

Jaga kesihatan. Banyakkan minum air.

Kelas Asas Akaun Bulan Oktober.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR.

Alhamdulillah. Pendaftaran kelas asas akaun sudah dibuka:

1. Kelas akaun online : 18/10/15 - Ahad

Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Yuran: RM150

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.

Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.

Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.

Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.

Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan

Kelas hanya akan berlangsung jika cukup pelajar 3-5 orang. Jika tak cukup, kita akan tunda pada tarikh akan datang.

2. Grup Coaching asas akaun : 24/10/15 -  Sabtu di Putrajaya.

Yuran - RM250

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan

Boleh mula daftar sekarang. 

Monday 28 September 2015

Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.

Teks : Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.
Foto: ABDR.

Bismillah. Alhamdulillah. Promosi bulan September tinggal tiga hari lagi. Dapatkan penjimatan ebook ABDR.

Boleh bermula tanpa ada modal? 
===============================
Jawapannya boleh. Iaitu kita terus fokus kepada pemasaran dan ketetapan dalam sasaran bersih yang mahu dicapai setiap hari.

Berikut 10 strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal sebagai faktor utama.

1. Tabungan.
Sekiranya kita masih bekerja, wujudkan satu tabungan khusus dinamakan sebagai tabungan berniaga. Letak sasaran untuk tabungan ini contoh setiap bulan kita letakkan RM100 secara konsisten.
Selama 12 bulan wang tabungan modal yang terkumpul adalah RM1200. Sekiranya tiga tahun terkumpul adalah sebanyak RM3600. Selalu memastikan disiplin untuk terus menabung dalam tabung modal ini.
Apabila mahu menggunakan untuk memulakan bisnes selalu ambil hanya jumlah minima contoh RM500 atau RM1000 sahaja. Dan sangat penting untuk mengantikan jumlah tersebut dalam tabung modal. Tabung modal ini juga tidak boleh diambil untuk tujuan lain.

2. Bekerja sambilan.
Sekiranya masih bekerja dan tidak mahu menyentuh wang dari gaji, boleh mencari satu lagi pekerjaan sambilan. Kerja itu mungkin ada kaitan dengan bisnes atau perniagaan yang kita ingin lakukan sepenuh masa kelak.
Contoh mahu kedai jahit, jadi boleh bekerja secara sambilan. Duit upah boleh disimpan sebagai modal. Manakala nilai tambah yang lain ialah dapat belajar dan menambah kemahiran sedia ada dari usahawan yang sudah berjaya.

Sumber: Bab 4 Modal Bukan Faktor Utama.

Baca lagi dalam ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online.

Tuesday 22 September 2015

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Bismillah. Alhamdulillah. Promosi Bulan September masih berlangsung.
----------------
Ramai usahawan online, terutama yang baru belajar berurusan dengan pelanggan cepat sahaja sentap dan emosi. Namanya pun berniaga, jadi pelanggan adalah sebahagian daripad urusan yang perlu kita ambil tahu dan kuasai semasa mengendalikannya.

Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.

Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.

Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.

Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidak sabar dan pelanggan yang banyak cakap.

Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.

(sumber : ebook 101 idea home based bisnes)

Tulis cerpen, Tulis Novel

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Saniah Mat Sanat

Bismillah. Alhamdulillah, kali ini pendaftaran kelas penulisan kreatif sudah dibuka semula.

Ada tak kawan-kawan di alam maya ni yang suka menulis cerpen mahupun novel?

Malam ni kita berkenalan dengan salah satu kelas online anjuran ABDR, Kelas Penulisan Kreatif.

Apa itu kelas Penulisan Kreatif?
Kelas ini hanya menjurus untuk kalian yang gemar menulis cerpen atau pun penulisan dalam genre kreatif mahu pun puitis atau barangkali klasik? Siapa tahu mana satu minat kalian kan.

Belajar dahulu menulis dalam bentuk cerpen dengan nahu tatabahasa dan ritma lenggok penulisan yang tepat. Sudah pandai dan mahir, mengorak langkah pula menulis novel.
Lama kelamaan, dengan izin Ilahi meletop kebabom menjadi novelis terkenal kan.
--------------
Pada mulanya saya buat cerpen untuk KELAS BLOG yang saya ikuti. Waktu itu sedang mengejar dan mencari idea untuk menghasilkan karya kedua bersama ALAF 21. Pening memikirkan jalan cerita apa yang ingin saya garapkan, saya terus sambungkan cerita pendek dan kerja rumah saya bersama KELAS PENULISAN BLOG menjadi sebuah NOVEL. Bagaimana saya lakukan? Tentu ramai nak tahukan? Adalah rahsianya. - Puan Asmah Hashim penulis novel "Tolong Cari Suamiku"

Monday 21 September 2015

Tips Berblog.

Tips blog berpengaruh dengan menulis ayat positif:

- Tulis dan tulis tips dan info ringkas ketika kita sibuk.
- Ketika emosi negatif, curahkan perasaan itu tukar dalam bentuk ayat positif.
- Letak sekali gambar yang kita kongsi dalam facebook berkaitan semangat, motivasi dan sebagainya.
- Lama-kelamaan blog kita dipenuhi ayat positif dan kelihatan bertenaga pada mata pembaca

Lintas langsung dari Kelas Asas Blog dan Penulisan.
Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk pendaftaran kelas, hubungi saya di inbox.

Saturday 19 September 2015

Q & A Akademi Bekerja di Rumah

Soalan yang sering mereka tanya kepada saya.

Kalau saya tak ada line internet atau wifi boleh tak saya sertai ABDR
Kalau saya hanya guna tab atau phone sahaja boleh tak saya sertai ABDR

JAWAPAN :
Kalau guna phone atau tab, memang sangat boleh untuk sertai ABDR. Yang penting perlu ada talian internet, phone atau laptop

Untuk permulaan, pelajar perlu gunakan laptop juga, kerana untuk belajar masukkan layout-layout di blog. Jika gunakan phone dan tab agak sukar, ada kala tak menjadi.

Tapi bila pelajar sudah selesai siapkan blog, untuk proses menulis dan update blog, sangat boleh gunakan phone sahaja.

Lebih mudah bagi kita yang super duper sibuk dengan urusan lain

Untuk pengetahuan kalian, saya sendiri sebenarnya hanya online dan ajar student dengan berbekalkan tab yang comel dan talian internet top up.

Masa mula-mula buat blog sahaja saya beli broadband internet top up. Itu pun, jika nak guna laptop baru saya top up line internet tersebut.

Yang penting TINDAKAN kita nak atau tidak. Nak tunggu sempurna dulu mungkin agak ambil masa, jadi kita kayuh pelan-pelan sampai menuju puncak yerk.

Sumber : Guru Online ABDR - Puan Anys Idayu Zakaria.

Thursday 17 September 2015

Pengurusan Masa Bekerja Di Rumah

Walaupun berada di rumah pengurusan masa sangat penting untuk kita menentukan keutamaan setiap hari apa yang mahu dicapai.

Berada di rumah banyak masa ini selalu menjadi tanggapan umum. Tetapi apabila kembali berada di rumah seolah tidak menang tangan. Banyak perkara bermain di fikiran untuk diselesaikan. Namun seharian kita tidak tahu apa yang selesai apa yang belum. Seolah masih banyak perkara yang belum dilakukan.

Semak semula perkara berikut.

1. Matlamat yang jelas.
Matlamat yang jelas iaitu apa matlamat kewangan yang mahu dicapai.
Apa matlamat keluarga yang mahu dicapai.
Apa matlamat dari aktiviti bisnes yang ingin dicapai.
Apa matlamat pengurusan masa yang ingin dicapai.
Rangkumkan dan terjemahkan dalam satu peta matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.
Petakan lagi mengikut tahun, fasa, bulan, hari dan jam.
Dari situ kita bekerja dan berusaha untuk selesaikan satu persatu.

2. Senarai harian.

Mulakan malam hari dengan sebuah buku nota untuk senarai harian (to do list). Senarai ini sangat penting iaitu merangkumi perkara 1 yang diturunkan lagi dalam aktiviti harian.

10 higga 20 perkara yang mahu diselesaikan. Susun mengikut keutamaan.

3. Tegas dengan diri sendiri.

Sangat penting untuk tegas dengan diri sendiri iaitu tidak melengahkan masa, menangguhkan kerja. Terus fokus menyelesaikan tugasan satu demi satu.

4. Tidak membazir masa.

Setiap hari lihat senarai dan berazam untuk selesaikan mengikut jam yang sudah diagihkan. Iaitu agihan kerja 4 tempoh boleh rujuk dalam ebook super wahm super mom.

Salah satu aktiviti membazir masa adalah kita terlalu lama atau menggunakan waktu pagi hanya membalas mesej yang tidak mempunyai kaitan dengan kerja yang diselesaikan. Mesej yang kurang manfaat abaikan dan terus fokus untuk selesaikan.

5.Tegas dan positif.

Tegas dengan diri sendiri untuk dispiln menyelesaikan apa matlamat harian yang mahu dicapai. Usahakan untuk disiplin. Apabila kita sudah menguasai senarai tugasan harian, ia akan menjadikan diri lebih berkeyakinan dan positif.

Ia meransang diri untuk terus berusaha dan kekal disiplin.

6. Reward
Meransang diri dengan menghadiahkan barang diidamkan, percutian yang memberi tenaga baru. Selesai satu matlamat berikan ganjaran untuk diri sendiri. Ia membantu sama untuk terus bekerja dengan gembira dan bermatlamat.

7.Cuba sehingga berjaya.
Perasaan malas, kecewa, putus asa itu adalah perkara biasa. Namun ia tidak memberi kesan yang baik kepada diri sekiranya banyak matlamat yang ingin dicapai. Sekiranya kita masih baru sebagais suri bekerja di rumah, usahakan untuk berada dalam kumpulan sokongan. Sentiasa dorong diri sendiri dan paksa diri untuk kekal disiplin sebagaimana ketika bekerja. Kejayaan adalah milik mereka yang mempunyai komitmen dan jelas dengan matlamat.

8.Bina harga diri.

Walaupun di rumah kita tetap perlu ada keyakinan diri. Apabila ditanya umum bekerja sebagai apa, dengan yakin suri boleh memberi jawapan 'bekerja sendiri'. Itu adalah lebih baik selain memberi gelaran 'surirumah sepenuh masa' kerana tanggapan rakyat Malaysia masih lagi belum sepenuhnya berbangga dengan perkataan 'surirumah' walaupun ada yang sudah berjaya luar biasa.

Melainkan diri sendiri sudah yakin untuk menjawab sebagai 'surirumah sepenuh masa' dan kejayaan di belakang tabir itu hanyalah untuk cerminan diri sendiri sahaja. Walaupun di rumah tetap mempunyai pendapatan. Apabila kita yakin dengan apa yang dilakukan, keyakinan itu sendiri datang secara semulajadi.

Baca lagi tentang pengurusan masa dalam ebook super wahm super mom

Mula Bisnes Untuk Surirumah

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR.

Bismillah. Alhamdulillah.

Saya bermula dari rumah sahaja. Saya tidak pernah bekerja selepas berkahwin. Setakat membantu tuan suami serba sedikit menguruskan perniagaannya.
-------------
Tips mula dan cari modal bisnes.

Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan kedai kecil sahaja. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.
(Tips Irfan Khairi)

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi kurang tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami terima pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar bila-bila masa.

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga


101 Idea Bisnes Makanan, sudah Terbit!

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga

Sumber : Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan.

Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu hadiahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan? 

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka. 

Apabila kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila? 

Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak. Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.

Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.

Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka. 

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu.

101 Idea Home-Based Bisnes

Sumber : Ebook  101 Idea Home-Based
Bisnes
Foto : ABDR

Bab 6: Apa itu SOHO.

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.

Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.

Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               
Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Bila trend SOHO bermula?
Kembali kita ketika usia kecil, kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah. Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah. Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan.

Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah, gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin, salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk, bengkel basikal.
            
Apa yang menariknya ialah ada kalangan pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.

SOHO moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang  lebih efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu memudahkan operasi SOHO trend moden.

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga.
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.
               
Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
               
Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.

Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilan.
Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gaji.
Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampingan.
Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

Wednesday 16 September 2015

Jerebu September 2015

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Saniah Mat Sanat(sumber- Sinar Harian)
Bismillah. Alhamdulillah.  Semalam sekolah bercuti kerana jerebu.  Seawal pagi, saya telah membaca pesanan di grup Kelab Kelas SPM 2015 memberitahu pelajar-pelajar tidak perlu hadir ke sekolah.  Gembira sungguh anak-anak kerana tidak perlu ke sekolah.  Tambahan pula, hari ini cuti umum juga.  Dapatlah mereka bercuti selama dua hari.

Pagi ini matahari bersinar terang.  Nampaknya, jerebu juga sudah berkurangan kerana turunnya hujan semalam dan pagi ini.  Namun begitu, saya sekeluarga tidak merancang kemana-mana.  Masih mengambil langkah mengurangkan aktiviti luar.

Selamat Hari Malaysia.
*****
Pendaftaran kelas asas akuan secara online masih dibuka.  Tinggal satu tempat sahaja lagi.  Daftar segera sebelum jumaat ini.


Belajar Urus Akaun Bisnes.
Yuran : RM150

Kelas Asas Akaun secara online (Min 3 orang)
Tarikh: 20hb September 2015 (Ahad)
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.

Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.

Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.

Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.
Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.

Kelas hanya akan berlangsung jika cukup pelajar 3-5 orang. Jika tak cukup, kita akan tunda pada tarikh akan datang.

Untuk pendaftaran terus isi borang dibawah.
http://saniahmatsanat.blogspot.my/p/borang-tempahan.html


Monday 14 September 2015

Ulangkaji Nota.


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR

Bismillah.  Alhamdulillah.  Entry tugasan saya yang lalu(sini) sudah disemak oleh puan guru. Terima kasih.

Perbincangan yang rancak di dalam grup tentang tugasan ini juga sangat bemanfaat.  Antaranya bagaimana mahu dapatkan idea menulis.

Perkongsian dari rakan sekelas saya, Puan Wan Anie.
Untuk dapatkan idea menulis.
Mula dengan fokus blog, kemudian listkan topik, sub topik. Boleh juga dipecahkan seperti web.
Buat carian berkenaan fokus blog, melalui pembacaan dan perkongsian orang lain di fb juga boleh ditukar kepada penulisan di blog

Perkongsian saya.
Saya lihat kembali label.  Ada masanya, saya pergi library atau kedai buku untuk baca buku yang berkaitan dengan niche blog.

Ini senarai semak dari puan guru mengenai tugasan saya.

Nota 1: Dari 40 itu kita mendapat gambaran yang jelas apa maklumat diperlukan pembaca.

Nota 2: Jadikan ia sebagai tajuk entri.

Nota 3: Buat pengulangan berterusan berkaitan entri yang sama tetapi sentiasa update idea dan pandangan baru.

Nota 4: Saring kata carian yang ada kaitan fokus blog sahaja. Yang lain abaikan.

Nota 5; Selesaikan 44 entri berkisar 40 kata carian di atas.

Nota 6: Maksudnya tidak ada istilah tidak ada idea.

Nota 7: Suai padan dengan lima label hasil jawapan analisa. Setiap orang tidak sama.

Alhamdulillah, ada tugasan ini, baru nampak mahu tulis mengenai apa.


Sunday 13 September 2015

Santai Pagi.

Teks dan Foto  :Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah.

Asalamualaikum dan selamat pagi. Santai pagi ahad.

Kembara perjuangan setiap hari. Terima kasih kalian yang mendaftar dan bergabung bersama keluarga besar ABDR.

Kami buka dan menerima pendaftaran setiap hari.

Dua pilihan kelas popular sepanjang tahun.

Kelas asas blog dan penulisan.

Kelas bina kedai online.

Pendaftaran boleh terus hubungi saya, ya.

Terima kasih moga kita semua dilimpahi kasih sayang Allah selalu.

Pilih kategori kelas, pilih pakej yuran kemudian boleh pilih cikgu online pilihan.

Baca dahulu keterangan setiap kelas. Sudah faham dan sedia barulah mendaftar.

Saturday 12 September 2015

Kelas Blog Penulisan

http://nuruldiyanamohd.blogspot.com/
Ini contoh blog yang sangat berinformasi dan tahu hala tuju blog.

Tajuk blog: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Label: Bermain Dan Belajar.
Label: Tips Membaca Awal.

Selain tiga label wajib yang ditulis dengan baik sekali dan tahu kaitan antara dua label di atas.
Ia ada imbangan dalam setiap penulisan dan lima label juga tajuk blog utama.

Teks dan foto: sangat penting kerana ia adalah penulisan asal penulis.

Semua bahan di dalam blog ini boleh digabungkan sebagai ebook pertama penulis.

Menguasai tajuk entri berdasarkan apa yang dicari pembaca/pelanggan dalam carian google.

Menyampaikan informasi yang jelas berdasarkan APA PRODUK dan SIAPA PEMBACA.

SIAPA PEMBACA ini ditukar kepada PELANGGAN.

Jadi pautan SHOPPING CART boleh diletakkan pada blog untuk memudahkan pembaca yang mahu membeli produk.

Sampaikan informasi, barulah menjual.

Bina pembaca, barulah tukar sebagai pelanggan.

Bina pembaca, barulah tukar sebagai pelanggan.

Adakah kalian belajar sesuatu di sini?

Inilah matlamat kelas asas blog dan penulisan.

Belajar Urus Akaun Bisnes.

Alhamdulillah. Pendaftaran kelas asas akaun masih dibuka.

Kelas Asas Akaun secara online (Min 3 orang)
Tarikh: 20hb September 2015 (Ahad)
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran: RM150

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.

Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.

Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.

Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.

Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan

Kelas hanya akan berlangsung jika cukup pelajar 3-5 orang. Jika tak cukup, kita akan tunda pada tarikh akan datang.

Asas Persediaan Berhenti Kerja

Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign.

Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa tiga bulan selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya, rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.

Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania bersama dengan mama.
Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup sebagai surirumah beranak satu. Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.

Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.

Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, Facebook dan Instagram. Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja. Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.

Asas persediaan berhenti kerja.
1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.
2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja.
3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.
4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.
Kelebihan bekerja sendiri
1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign.

Promosi EBOOK SEPTEMBER MASIH BERLANGSUNG

http://saniahmatsanat.blogspot.my/p/borang-tempahan.html?m=1

Friday 11 September 2015

Senarai 40 Kata Carian

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Ini ialah tugasan mencari 40 kata carian blog saya.

1. saniahmatsanat.blogspot.com
2. tips urus rumahtangga surirumah
3. ncr JAIS
4. Borang 4A rekod catatan akad nikah
5. saniah mat sanat
6. saniah mat sanat blogspot
7. http//saniahmatsanat.blogspt.com
8. ingin tahu dan belajar dari mula
9. kahwin muda dan kembar
10. kasih sayang
11. tips kahwin muda
12. panduan kahwin muda
13. belajar dan kahwin muda
14. urus akaun rumahtangga
15. urus rumahtangga dan kahwin muda
16. panduan suri rumahtangga
17. panduan kahwin muda
18. kahwin muda dan tips rumahtangga
19. tips kahwin muda
20. persediaan sebelum perkahwinan
21. kahwin muda dan urus rumahtangga
22. tips urus rumahtangga
23. tips untuk suri rumahtangga
24. urus akaun
25. urus akaun dan urus rumahtangga
26. tips urus rumahtangga dan urus kewangan
27. resepi mudah dan kahwin di usia muda
28. contoh akaun rumahtangga
29. perkahwinan adik Ummi Zaihadi
30. tips surirumah urus rumahtangga
31. blog kahwin muda dan tips rumahtangga
32. borang kahwin 4A
33. apa perbezaan krusus pra perkahwinan
33. lempeng jewer
34. jemput-jemput labu resepi
35. kahwin muda untuk surirumah
36. kahwin muda dan rumahtangga
37. kahwin muda dan surirumah
38. keputusan hiv reaktif
39. 28.04.14 kapal terbang. mh 370
40. rolled hem dijual Shah Alam 2015

sumber : Google Statistik

Kata Carian Popular Di Blog Saya.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Akhirnya tugasan kelas online blog penulisan yang saya ikuti sekarang ini sudah siap.  Tugasan mencari 40 kata carian popular.

Antara kata carian yang popular di blog saya ialah nama saya sendiri.  Sungguh berkesan penjenamaan melalui nama sebenar kita.

Kenapa kita perlu gunakan nama sebenar?
Sebabnya Google dan blog ini sepertinya adik beradik. Memudahkan kita berurusan secara profesional untuk apa-apa urusan sekali pun. Ia juga seperti kad bisnes

Ini salah satu langkah pertama penjenamaan diri di blog, Google dan Facebook. Iaitu memilih nama sebenar mengikut kad pengenalan.

Contoh:
Pilihan nama email 1: saniah.matsanat@gmail.com
Pilihan nama email 2: pn.saniahmatsanat@gmail.com
Nama blog: http://saniahmatsanat.blogspot.my/
Mulakan teks penulisan entri di blog
Teks: Saniah Mat Sanat

Apakah maksud kad bisnes percuma.

Salah satu kebiasaan apabila kita mencari sesuatu pada carian google. Kita akan menulis perkataan tersebut.  Begitu juga halnya dengan blog. Apabila pembaca atau bakal pelanggan mahu mencai kita, mereka akan terlintas nama 'kita' terlebih dahulu.  Letak 'seberapa banyak kad bisnes' ini. Semakin banyak kita update semakin mudah carian pembaca dan bakal pelanggan.  Sangat penting juga, apabila kita meletakkan satu aras apa kaitan nama dan apa yang kita usahakan.  Apabila kita sendiri fokus dengan apa yang kita mahu tulis. Pembaca juga jelas dengan kita.  Jika kita sendiri keliru mahu fokus tulis apa, pembaca 10 kali keliru.
Sumber : Ebook Asas Blog

Banyak tips yang dipelajari setelah saya membaca Ebook Belajar Asas Blog.

Ada sesiapa lagi yang mahu tips-tips berguna untuk menulis blog dengan betul dan bermanfaat? Belajarlah bersama kami.

Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 1300 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

Hubungi saya melalui :
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Senarai Buku Saya.

Teks : Saniah Mat Sanat

Alhamdulillah. Ini antara rujukan awal saya semasa awal berkahwin sehingga sekarang.

1. Bunga  Kebahagiaan - Tuan Guru Abdul Aziz Nik Mat dan Hasmariza Md Hashim

2. Suami Yang Menjadi Penawar Hati  Isteri - Muhammad Abdul Halim Hamid.

3. Membina Rasa Cinta - Dr HM Tuah Iskandar al-haj.

4. Membina Hati Bahagia - Dr HM Tuah Iskandar al-haj.

5. Membina Peribadi Anggun - Dr HM Tuah Iskandar al-haj.

6. Satu Rasa Dua Hati - Pahrol Mohd Joi

7. Bidadari Dari Timur(Memoir Isteri Seorang Pejuang) - Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Annual Bakri.

8. Sebarkan Cinta Mu - Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Tuesday 8 September 2015

Latihan Asas Penulisan

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR.

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini ulangkaji kembali  latihan asas penulisan.

Sumber : Puan Masayu Ahmad.

Latihan asas penulisan.

-Label Catatan Harian
-Label Catatan Pengalaman

Nota 1: Dua perkara ini yang membezakan setiap blog dan penulis, kerana gaya penyampaian setiap orang adalah berbeza.

Nota 2: Penyampaian berbeza kerana serapan bahan bacaan juga jenis buku yang dibaca.

Nota 3: Catatan pengalaman ini sangat penting, bagi orang bisnes ia menceritakan perkongsian pengalaman bisnes yang boleh dibukukan.
Juga boleh jadi pengalaman kerja yang boleh disampaikan semula, juga boleh dijadikan panduan.

Nota 4: Sangat mudah apabila menulis perkara yang kita tahu dan perkara yang sudah kita mahir. Tambah nilai adalah dengan memperbanyakkan bahan bacaan yang sama. Bukan bahan bacaan dari carian google, tetapi banyakkan jurnal atau buku-buku rujukan.

Nota 5: Selalu tingkatkan penguasaan bahasa, dan minimakan kesalahan ejaan.

Nota 6: Minimakan kesalahan penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Kalau boleh tidak ada langsung.

Nota 7: Biasakan menulis dengan betul. Biasakan dari awal.

Sumber: Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Promosi Bulan September 2015


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR

Bismillah.  Alhamdulillah.  Kedatangan bulan September kali ini disambut dengan gembira kerana lahirnya sebuah lagi ebook iaitu Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online - Edisi 1.  InsyaAllah, Edisi 2 bakal terbit pada 1 Oktober 2015.

Ebook adalah produk informasi atau dikenali sebagai produk digital.

Ebook ABDR adalah informasi berkaitan kategori mula bisnes dari rumah. Berdasarkan apa industri.

Sasaran pembaca dan pembeli ebook ABDR adalah surirumah atau siapa sahaja yang mahu memulakan bisnes skala kecil atau bisnes dari rumah.

Tiga pakej promosi bulan September seperti di bawah. Jika beli satu-satu agak mahal, menyamai harga buku fizikal. Itulah kelainannya dan matlamat diadakan pakej ebook mengikut bulan, lebih murah dan lebih jimat. Sesuai matlamat ABDR lebih kepada kumpulan sokongan dan menggalakkan suri di rumah berniaga.

Harga sebenar ebook.
Yeay mama sudah resign - RM30
101 Idea Home-based bisnes - RM50
101 Idea bisnes makanan - RM50
Rahsia khidmat pelanggan usahawan online - RM50
10 Langkah mudah bina kedai online - RM50

RM 130 RM 50

RM 130 RM 50

RM 80 RM 50


http://saniahmatsanat.blogspot.my/p/borang-tempahan.html

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Monday 7 September 2015

Catatan Harian-7hb September 2015

Teks : Saniah Mat Sanat


Bismillah. Alhamdulillah.

Rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, sebelum subuh. Selepas solat, sediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. Menu kami sekeluarga hari ini, mee goreng.  Masak sebanyak dua bungkus mee. Cukup untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.

Pagi ini masih ada urusan diluar.  Mahu selesaikan urusan di bank dan KWSP.  InsyaAllah, pendaftaran kelas asas blog dibuka setiap hari.


Kelas asas akaun online, 2 tempat sahaja lagi.
Tarikh: 20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran - RM150

Sunday 6 September 2015

PAKEJ PROMOSI - EBOOK UNTUK YANG MAHU MULA BISNES MAKANAN




Minat saya untuk membuka cafe ini timbul sejak saya mula berkahwin. Saya suka pergi makan di tempat-tempat yang bersih dan cantik. Tujuan saya berhenti kerja dari bank dahulu adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar. Jadi apabila anak-anak sudah besar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya teruskan impian yang sudah lama saya tangguhkan.

Antara tujuan utama saya ingin membuka cafe adalah utk menambah nilai hidup kepada orang lain dengan memberi pekerjaan yg baik kepada golongan belia sebangsa saya. Saya berhasrat untuk membuka cafe yang menyediakan makanan yang bersih dan halal berkonsep santai serta dilengkapi talian internet seperti Cafe Francise.

Banyak cabaran yang saya hadapi pada peringkat permulaan. Kata-kata orang sekeliling banyak melemahkan semangat saya. Saya tidak mendapat sokongan keluarga dan ia hampir-hampir membuatkan saya putus asa dan melupakan impian saya. Namun, saya kuatkan semangat tetap nekad untuk meneruskan niat saya untuk membuka cafe.

Alhamdulillah, setelah 60% usaha saya ke arah impian saya, barulah saya lihat keluarga merestui keputusan saya. Restu dari keluarga amat berharga bagi saya.
Matlamat saya nak menjadikan Old Station sebagai kopitiam/cafe tempatan yg setanding dengan jenama francise.

Sebagai persediaan dalam bidang perniagaan, saya banyak menghadiri seminar-seminar yang dikendalikan oleh pakar-pakar pemasaran. Antaranya seminar Dr Azizan seperti Master Your Bisness, Train The Trainer, Rahsia Kuasa Minda, Advance marketing Power, Fesbuk Power, Potensi Diri, Jutawan Industri dan lain-lain lagi. Saya juga mengikuti kursus anjuran MARA dan konvensyen TERAJU. Banyak yang saya belajar dari tip dan panduan dari seminar-seminar sebegini serta tidak lupa juga dari orang-orang sekeliling saya.

Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, jika ingin menjalankan bisnes teruskan sahaja. Usah takut dan teragak-agak, buat sahaja dan usaha untuk tambah baik selepas itu.

Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan.

http://saniahmatsanat.blogspot.my/p/borang-tempahan.html


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266