Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian google
Bismillah.
Assalamualaikan.
Mari... mari... manjakan diri dahulu sebelum kahwin. Macam - macam cara yang boleh kita boleh gunakan untuk manjakan diri. Sebelum saya kahwin tak adalah manja - manja macam sekarang. Siap boleh ambil pakej satu badan lagi.
Baik secara tradisional atau moden, rawatan sebelum hari bahagia sudah popular di kalangan pasangan yang ingin berkahwin. Berbagai pakej yang di tawarkan, ada yang biasa mahupun yang super biasa.
Masa saya ingin berkahwin mana nak ada pakej. Cuma, sebelum hari perkahwinan, emak pesan tumbuk kunyit dan beras bersama. Bila saya tanya, apa kegunaannya. Mudah sahaja jawapan emak " nak licinkan badan " saya yang masih tidak dapat bayangan, apalah yang ingin di buat emak menurut sahajalah. Oh, rupanya semua bahan tersebut untuk lulur badan. Manalah saya tahu kan. " Blur " kata orang sekarang.
Itu secara tradisional, murah dan bahannya mudah didapati. Apa jua cara pun boleh ya. Ingin buat sendiri atau ke salon kecantikan pun tidak mengapa. Janji kita manjakan diri dulu. Hilangkan tekanan sebelum hari bahagia kita.
No comments:
Post a Comment