Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Dengan berpakaian baju kurung dan bertemankan seorang adik, saya bertemu dengan keluarga ( bakal suami ketika itu )suami. Soalan pertama dari bakal mak mertua ialah habis sekolah agama darjah berapa. Dengan yakin masa itu saya jawab darjah empat. Ketika itu saya tidak terfikir, apakah yang tersembunyi di sebalik soalan yang mudah itu.
Rupa - rupanya jawapan yang saya berikan itu ada makna yang tersirat. Mak cuma ingin tahu saya tahu atau tidak asas - asas agama. Dari jawapan itu mak tidak bertanya banyak, lantas saya fikir ketika itu mak tidak berapa sukakan saya. Dengan wajah seriusnya, buat saya risau dan berdebar - debar adakah saya di terima atau tidak.
Semasa sesi berkenalan dan temuduga berlangsung, suami tidak mengambil bahagian. Rupanya dia sengaja membiarkan saya menyesuaikan diri bersama keluarganya. Alhamdulillah, saya lulus. Apabila teringat kembali pengalaman bertemu dengan keluarga suami, saya tahu betapa pentingnya pengetahuan agama untuk bakal - bakal isteri di luar sana.
Paling penting dalam memilih pasangan adalah yang beragama. Astagfirullah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment