Wednesday, 27 August 2014

Blog Pilihan-http://monalitamansor.blogspot.com/

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Puan Monalita Mansor dan ABDR

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini saya memilih blog salah seorang guru online ABDR iaitu Puan Monalita.  Beliau mengajar kelas asas blog dan penulisan kreatif.  Di sini saya kongsikan salah satu entri beliau mengenai perbezaan antara cerpen dan novel.  Baiklah, kita baca dulu.
*****
Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti, dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen bermaksud cerita pendek. Ada juga istilah cerkon : cerita kontot/cerpen kontot, cerpan : cerpen panjang, cerpen bersiri tetapi itu semua istilah. Di dalam dunia penerbitan karya fizikal, buat masa sekarang, hanya tiga konsep karya yang diketengahkan; cerpen, novelet dan novel.

Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. Kriteria cerpen adalah seperti berikut;

1. Maksima 10 muka surat (lebih kurang 2000 patah perkataan) - bagi cerpen kanak-kanak 4 muka surat
2. Kebiasaannya menggunakan sudut pandangan orang pertama, aku, saya,
3. Wataknya kurang daripada 4
4. Latarnya terhad
5. Plotnya ringkas (hanya 1) dan pantas (pengenalan/konflik/twist/peleraian)

Novelet pula berada di antara cerpen dan novel. Kriterianya ialah jumlah perkataan yang diperlukan iaitu sekitar 20 000 patah perkataan. Tak perlu kira, aplikasi Words tu kan ada perisian Count Word.

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200-250 dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat.

Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah dan ia disebut pula novel bersiri. Istilah cerpen bersiri, pada pemahaman saya adalah novel atau novelet pada akhirnya, sebaik kisah di dalamnya ditamatkan.
Diharapkan catatan ringkas ini memberi sedikit pemahaman kepada anda mengenai kedua-dua subjek tersebut.
*****

Pendaftaran dibuka setiap hari untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Berkenalan dengan guru online: Monalita Mansor
Sudah sedia baru daftar ya,
Oh, ya singgah di sini untuk lebih banyak panduan menulis http://monalitamansor.blogspot.com/
*****
Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 

Yuran-RM250-Guru kelas- Puan Monalita/ Puan Mazlia 
Dapat 3 ebook bonus:
1. Ebook asas blog
2. Ebook Tips penulisan novel
3. Ebook Rautan Takdir

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

1. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel. 

2. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

3. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya. 

4. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266



No comments:

Post a Comment