Tatkala melangkah ke alam persekolahan, dia sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Tapi matlamatnya bukan seperti saya. Bukan kerana minat dan bukan kerana suka. Tujuan utama hanya ingin mendapatkan duit belanja sekolah. Ibunya, orang susah ditambah dengan ayahnya yang tidak sihat. Segala tanggungjawab digalas oleh ibu seorang diri. Kesusahan hidup menjadikan ibunya terlalu tertekan dan tidak boleh pula meluahkan pada sesiapa. Dia faham dan menuruti perintah si ibu.
Setiap hari, ibu membekalkan dia makanan untuk dijual di sekolah. Sekiranya laku maka adalah duit belanja pada hari tersebut. Jika tidak maka tiadalah duit poketnya. Namun, sahabat saya ini saya kira gigih orangnya. Kuat semangatnya. Dijaja juga makanan tersebut sehingga mampu mendapt duit belanja.
Katanya, orang lain ke sekolah menggalas buku-buku sekolah tapi dia menggalas makanan untuk dijual. Tidak tamat di situ sahaja. Bermula cuti sekolah bermulalah rutin hariannya berkampung di dapur siang dan malam. Memenuhi tempahan kuih goyang atau kuih ros atau macam-macam nama lagi. Dari siang sampai ke malam kehidupannya hanya di tepi dapur. Kiri kanan tangan bersilih ganti menggoreng kuih. Tak dapat dikira lagi air mata yang menitis. Masa mudanya hanya dengan mencari duit. Tiada masa bersenang-lenang seperti orang lain.
Bertambah sedih lagi ketika orang lain sibuk mengambil keputusan peperiksaan, dia hanya boleh menangis di tepi dapur kerana tidak punya masa ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaannya. Sampaikan apabila sahabatnya menelefon ke rumahnya untuk bercakap dengannya, dia masih tidak boleh bercakap kerana sibuk di dapur. Alhamdulillah keputusannya baik-baik sahaja.
Selepas habis SPM, ibunya memberi pilihan kepadanya. Maktab atau kahwin. Hatinya sedih bukan kepalang kerana hati masih mahu belajar. Masih muda untuk menjadi isteri. Doa pada Allah SWT tak pernah kurang. Alhamdulillah, dia mendapat panggilan untuk ke maktab. Walaubagaimanapun, wang menjadi penghalang. Dengan keazaman yang kuat dia sanggup untuk bersusah asalkan dapat menjejak kaki ke maktab. Di sana, kehidupan masih seperti dulu. Setiap hari berfikir untuk mencari duit. Belajar jatuh ke tempat kedua.
Di maktab, dia mencari duit dengan menjual alat-alat tulis. Kawan-kawan memang tidak gemar dengannya. Tapi beliau pekakkan telinga, butakan mata. Apa yang dibuat bukan kerana suka-suka. Semuanya untuk menanggung kesusahan hdupnya. Doa memang tidak henti-henti. Menjadi perisai hidup seharian.
Satu hari, dia berjumpa dengan insan senasib dengannya. Mereka berbincang cara untuk mencari duit. Lantas, mereka yang masih baru di bandar mencari jalan untuk ke syarikat akhbar.(NSTP)Setelah berbincang dengan pihak NSTP mereka membeli suratkhabar dan dijual di maktab dengan mengambil sedikit komisyen. Suratkhabar yang tidak habis, dijual pula untuk dikitarsemula.
Kemudian, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia. Memang seronok tapi macam biasa wang menjadi penghalang. Walaubagaimanapun, insan ini diberi kecekalan yang sangat tinggi. Berangkatlah dia dengan duit biasiswa RM1200 pada waktu itu. Pada waktu itu, dia tidak memiliki laptop,terpaksa meminjam. Kali pertama pinjam, masih senyum. Kali kedua sudah tidak senyum. Kali ketiga sudah masam muka sahabatnya. Pada waktu itu, tekadnya untuk mencari duit untuk membeli laptop. Duit biasiswanya dikirim RM300 setiap bulan pada ibunya di Malaysia.
Pada cuti semester, dia diajak oleh kawan dari universiti lain untuk bekerja sebagai pemetik buah. Walaupun badannya agak kecil digagahi jua. Katanya, kerja ini lumayan juga gajinya. Setelah dikira-kira gaji selama dia bekerja, dia menjangkakan memang mampu untuk menanggung semester akan datang. Jadi, dikirimkan semua duit yang ada pada ibu di kampung.
Malangnya, disebabkan fizikal yang kecil berbanding kerja yang dilakukannya, memang tidak termampu lagi untuk teruskan kerjanya. Akhirnya dia berhenti kerja. Dalam tempoh seminggu bekerja beliau ada berjumpa dengan sahabat-sahabat dari Korea. Daripada mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, diajarnya sehingga boleh berkomunikasi sedikit-sedikit. Mereka bercerita bahawa mereka ingin melanjutkan pelajaran di Australia tetapi duit tiada.Datang ke Australia juga tidak tahu apa-apa. Tapi disebabkan semangat yang tinggi untuk belajar mereka redah juga dan amat bernasib baik bertemu dengan sahabat saya. Sebelum sahabat saya berhenti kerja, dia memberi alamat dan nombor telefon pada sahabat-sahabat Korea tadi. Niatnya, sekiranya mereka perlukan pertolongan dia akan cuba bantu.
Selepas itu, dia mencari kerja lain. Kali ini dia mengambil upah mencuci rumah serta menggosok baju. Upahnya agak tinggi tapi sahabat-sahabatnya memandang rendah kepadanya. Dia tidak peduli asalkan rezekinya halal. Nak dijadikan cerita, sahabat-sahabat Koreanya akhirnya tinggal bersama di Australia dan dapat belajar di universiti di sana.Berbalik kepada kerjanya tadi. Akhirnya dia dapat mengumpul wang yang banyak hasil mencuci rumah dan menggosok baju. Sahabat-sahabat yang pada mulanya menghina akhirnya datang kepadanya untuk meminta bantuan kewangan. Kali ini dia membuka 'francais' pula. Apabila mendapat baju-baju untuk digosok dia akan mengagih-agihkan pada 'downline-downline' nya.
Suatu hari, dia terfikir untuk mengajak ibunya datang ke Australia. Dikira-kira wang sudah mencukupi, maka diajak si ibu datang. Sungguh tidak disangka. Hasil kerja sampingannya untuk menampung kos hidup di Australia mampu membawa si ibu terbang ke Australia. Sampai di Australia, dia membawa si ibu berjalan-jalan dan membeli buah tangan untu satu kampung. Baginya, dia banyak terhutang budi dengan orang kampung. Selama kehidupannya, dia hanya menjadi insan penerima. Tapi kini dia ingin menjadi insan yang memberi pula. Sebelum ini, laptop pun tak mampu beli. Tapi selepas itu, dia mampu membeli 3 buah laptop dan komputer untuk diberi kepada adik-beradiknya.
Baca lagi di sini:http://nurnadiajaini.blogspot.com/
*****
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.
Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
No comments:
Post a Comment