Thursday, 21 August 2014

Blog Pilihan-http://norzalinahamzah.blogspot.com/

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah lama saya bebas dari perangkap ini.  Berhantu betul benda ini. Sekali, kita benarkan ia masuk dalam kehidupan kita, susahlah hendak suruh dia keluar. Perlukan azam yang tinggi.  Apabila membaca perkongsian salah seorang ahli ABDR ini mengingatkan kembali masa menggunakannya.  InsyaAllah, moga bermanfaat.  Astagfirullah.
-------------------------------
Perangkap kad kredit
1) "Beli je Dulu, Nanti Bayar"
Berbelanja tanpa mengeluarkan wang menjadikan kita berasa cukup selesa. Ia membuka jalan untuk berbelanja lebih dari yang mampu. Pertama, tidak perlu semak berapa wang yang kita ada dan kedua, tidak perlu beratur untuk keluarkan wang di mesin ATM. Awas! Ini langkah pertama masuk perangkap kad kredit.


2) "Bayar bayaran minimum je, masih boleh guna kad sebab belum reach limit"
Bila sudah berbelanja lebih dari kemampuan, hanya buat bayaran minimum sahaja. Interest 18% bukan sedikit, apatah lagi jika jumlah penggunannya besar. Alasannya kad masih boleh digunakan dan had limit kredit masih banyak. Baeri alasan kepada diri sendiri untuk berbelanja lagi.


3) "Bukan apa, tak perlu ke kaunter kalau nak isi minyak..."
Masa tiada kad kredit dahulu, boleh sahaja berjalan dari kereta ke kaunter. Buat bayaran dan isi minyak. Kini bila ada kad kredit, buat alasan tidak mahu ke kaunter lagi. Bila guna tunai, boleh semak berapa banyak kali sudah mengisi minyak bulan ini, boleh kawal dan atur perjalanan.


4) "Ada 16 hari nak bayar balik sebelum kena interest"
Bagi yang makan gaji seperti saya, mencabar untuk bayar balik penggunaan kad kredit dalam 16 hari. Gaji sebulan sekali. Jika berbelanja pertengahan bulan, masih boleh lagi bayar hujung bulan. Tetapi jika berbelanja awal bulan, jawabnya tidak berbayar kad kredit dalam 16 hari kerana menantikan duit gaji untuk membayarnya. Hanya selepas 16 hari, caj akan mula dikenakan oleh pihak bank.


5) "Nanti nak beli tiket Air Asia online mcmana"
Saya sendiri mencipta alasan untuk mengekalkan keputusan memiliki kad kredit kerana urusan pembelian online. Pembelian online memang lebih mudah dan pantas. Tetapi jangan lupa membayar semula kerana ada di antara kita tidak pun menyemak penyata kad kredit, sekadar menyelak penyata untuk mengetahui bayaran minimum sahaja.


6) "Kumpul mata ganjaran dan dapat hadiah"
Ini pun menarik juga. Bagi setiap wang yang dibelanjakan, dapat satu atau lebih mata ganjaran. Kumpul dan kumpul mata ganjaran, boleh tukar kepada hadiah. Seolah-olah dapat hadiah percuma kerana tidak perlu keluarkan wang untuk dapat barang tersebut.

Sebolehnya buat bayaran tunai, berbelanja dengan wang tunai. Hanya beli jika mampu. Dengan berbelanja tunai, kita tahu berapa banyak wang yang telah digunakan dan berapa lagi yang tinggal. Guna kad kredit sebagai kemudahan untuk tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sahaja. Ketika kad kredit menjadi satu kemudahan, jangan lupa bayar semula dalam tempoh 16 hari untuk elakkan sebarang caj dikenakan. Rancang waktu berbelanja. Bayar semuanya sekali jumlah yang telah digunakan, elakkan buat bayaran minimum. Ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Untuk kawalan, anda boleh elakkan dari membawa kad kredit bersama anda sepanjang masa. Tinggalkan  dan simpan di tempat yang selamat seperti di rumah. Atau jika mahu, anda boleh juga potong kad kredit tersebut. Denga ini, ia tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang pembelian diluar tetapi masih aktif terhad untuk pembelian online sahaja. Jika anda tidak boleh kawal diri dan urus penggunaan kad kredit dengan baik, saya sarankan batalkan sahaja kad kredit tersebut. Percayalah, urusan pembatalan akan menjadi sukar kerana pihak bank seboleh-bolehnya mahu anda terus menggunakannya lagi. Anda akan diberi pelbagai tawaran dan ketika inilah anda perlu bertegas.

Sebagai alternatif, kita boleh beralih kepada penggunaan kad debit. Caranya hampir sama cuma apa yang kita belanjakan adalah menggunakan wang kita sendiri.

Berkenalan dengan penulis: Norzalina Hamzah.
Singgah di blog-
http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/08/bagaimana-kad-kredit-memerangkap-kita.html
Kelas asas blog dan penulisan
Guru online: Aishah Hussein

Nota: Blog berinformasi. Padat dan ringkas, penyampaian berkesan.
-----------------------------
Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog (sehingga Ogos 2014) dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

No comments:

Post a Comment