Thursday, 21 August 2014

Contoh Penulisan Perkongsian


Dalam masyarakat Melayu, berpantang selepas bersalin adalah menjadi keutamaan. Maka, banyaklah pantang larang yang perlu dipatuhi agar ibu kembali sihat seperti sediakala. Namun saya bukanlah mahu bercerita mengenai proses berpantang. Tetapi saya mahu bercerita mengenai menyusu ketika berpantang.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, seeloknya makanan dan minuman seperti jamu, air akar kayu dan sebagainya hendaklah dimulakan selepas 2 minggu kelahiran bayi. Ini bagi memastikan bayi tidak mendapat Jaundice yang tinggi. Ada juga orang-orang lama yang tidak memberi minum air kosong dengan alasan rahim akan kembang. Ini adalah antara dilema ibu-ibu zaman sekarang yang mahu berpantang tetapi menyusukan bayi. Saranan saya, terangkan kepada mereka yang akan menjaga anda ketika berpantang bahawa anda mahu menyusukan bayi anda. Jangan tunggu selepas bersalin baru hendak beritahu. Ingat ya ibu-ibu.
Air kosong adalah keutamaan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan akan mengelami hiderasi. Jadi, untuk ibu-ibu juga perlu air masak yang banyak kerana sebahagian besar kandungan susu ibu adalah air. Minumlah air masak. Tidak perlu risau rahim kembang kerana melalui penyusuan susu ibu juga rahim boleh kembali ke bentuk asal. Ini info yang saya dapat ketika di HSI. Jika kita meyusukan bayi dengan betul, rahim akan kembali ke bentuk asal dengan cepat.

Susukan bayi dengan kerap selepas kelahiran bagi memastikan bayi mendapat kolostrum yang berkhasiat itu. Jangan jadikan alasan susu sedikit, susu tidak cukup, bayi lapar dan berbagai lagi. Percayalah susu ibu cukup untuk bayi. Tidak perlu yang lain-lain hatta air masak sekalipun. Dapatkan posisi menyusu yang sesuai dan selesa untuk anda. Pelajari posisi menyusu sambil baring. Insyaallah bayi akan mudah untuk menyusu dan kita akan mendapat rehat yang cukup. Bayi akan kerap untuk menyusu kerana susu ibu mudah dihadam. Ikut kehendak dan keperluan bila bayi mahu menyusu. Kalau diikutkan, mahu berehat saja. Tetapi fikirkan tentang permata hati yang mahu menyusu. Susukan bayi dan sambunglah tidur. Tidak lama. Hanya 15 - 20 minit sahaja. Bayi akan tertidur atau melepaskan puting ibunya sendiri jika bayi sudah kenyang.

Pengalaman saya ketika berpantang. Bangun awal siapkan diri sebelum bayi bangun. Mandi dan bersihkan badan. Selepas itu pakai bengkung, stoking dan lain-lain untuk memastikan badan saya kembali sihat seperti sediakala. Saya pakai bengkung 24jam. Termasuk waktu tidur. Mak saya yang suruh. Buka hanya bila saya mandi sahaja. Hasilnya selepas 44hari perut saya kembali ke keadaan asal. Kemudian saya sarapan dan makan ubat yang diberi. Jika Eryna belum bangun saya akan mengepam susu untuk dijadikan stok. Adakalanya ketika saya mengepam Eryna bangun. Saya akan berhenti mengepam dan memberi susu secara terus kepada Eryna. Selepas itu, saya akan memandikan Eryna. Dan Eryna akan tidur semula selepas menikmati susu ibu. Begitulah rutin saya ketika berpantang.
Susu ibu adalah titisan paling berharga untuk anak. Kuatkan semangat. Dalami ilmu. Insyaallah ganjaran menanti. Dapatkan sokongan dari suami. Nikmati saat-saat indah menyusukan bayi dari selepas kelahiran hingga 2 tahun. Kita akan merindui momen-momen indah ketika menyusukan.

Kelas asas blog penulisan/rakan niaga ABDR
berkenalan dengan penulis Nor Atiqah Hamidi
singgah di blog: http://noratiqahamidi.blogspot.com/

Nota pengasas: Ini salah satu blog, empunya penulis yang aktif dan fokus. Penulisan perkongsian. Belum habis 44 entri, sudah balik modal. Mula, habiskan dan usahakan untuk dapat Hasil

*********************************************************************
Mula belajar melalui perkongsian di blog, bina dan kumpul pembaca dan pengikut.  Kemudian belajar jadikan blog sebagai tempat untuk kita letakkan iklan, melalui setiap perkongsian.

Semua cara ini boleh dipelajari dalam kelas online blog, melalui pendaftran sebagai rakan niaga/pengurus online akademi.



Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

No comments:

Post a Comment