Tuesday, 24 September 2013

Pindah Milik Tanggungjawab

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakalanya dalam hidup tanpa kita sedari kita telah memindah milik tanggungjawab pada orang lain.  Kita lebih cenderung kepada sesuatu yang mudah dan menyenangkan kita.  Dengan kata lain, kita lebih ke arah menolak kesusahan dan mengambil yang senang untuk diri kita.  Hakikatnya senang mahupun susah adalah hak tanggungjawab yang perlu kita hadapi.

Secara analoginya, kita ingin membawa barang tapi barang tersebut kita letak atau tumpangkan dalam beg orang lain.  Ya, inilah senario yang terjadi.  Apapun kita tidak dapat memindahkan tanggungjawab.  Seperti tanggungjawab mendidik anak - anak, tidaklah dapat kita serahkan seratus peratus pada guru di sekolah sahaja.  Pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.


Lagi satu, istilah " reward yourself " sebenarnya satu istilah yang kurang tepat pada pandangan peribadi saya.  Sebahagian dari kita sanggup meninggalkan anak - anak pada ibu bapa atas alasan ingin berbulan madu lagi sekali, walaupun sebenarnya hasrat itu boleh ditangguhkan ke masa yang lain.  Sebenarnya ibu bapa berkemungkinan ingin ke ceramah agama dan solat berjemaah di masjid.

Bila difikirkan sejenak, ia seolah - olah satu tindakan yang tepat.   Namun sebenarnya kita melepaskan tanggungjawab yang mampu kita pikul.  Kita seharusnya menerima sesuatu yang susah dan yang senang itu juga adalah hak milik tanggungjawab kita. Perlu juga kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan pada apa yang kita tidak dapat.

No comments:

Post a Comment