Saturday 21 September 2013

Tanggungjawab Lelaki dan Perempuan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Semasa belum berkahwin, tidaklah saya tahu tentang ciri - ciri seorang suami yang baik.  Bagi saya, cukuplah sekadar bakal suami seorang yang baik dan bertanggungjawab pada ibunya.  Pada pendapat saya, seorang lelaki apabila ia baik pada pada ibunya akan baiklah dia pada isteri dan anaknya.  Alhamdulillah, benarlah apabila kita mengutamakan apa yang penting iaitu restu ibu.  In Shaa Allah keberkatan itu ada.

Itulah juga salah satu ciri - ciri penting calon bakal suami.  Maklumlah seorang anak lelaki walaupun sudah berkahwin, ibu wajib ditaati.




Ya, kita semua maklum dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Tanggungjawab anak perempuan yang sudah berkahwin terhadap ibunya terlucut dengan sendirinya jika berkahwin. Namun bagi anak lelaki, tanggungjawab itu tidak pernah hilang. Tiada alasan untuk mereka mengabaikan ibu bapa.

Meskipun dinyatakan bahawa tanggungjawab anak perempuan terlucut dengan sendirinya bila berkahwin, ia bukan tiket untuk mereka tidak ambil peduli terhadap orang tua. Sebagai seorang insan, kita punya naluri dan sifat kasih sayang terhadap orang terdekat seperti keluarga.

Maka dalam apa jua maksud selepas Allah dan Rasul - Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi. Baik untuk lelaki atau perempuan.

No comments:

Post a Comment