Wednesday, 11 September 2013

Tetamu 2

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google




Bismillah.


Assalamualaikum.


Tetamu memang wajib kita layan dengan baik.  Sebagai ibu muda, saya selalu rasa cemas dan bimbang bila tetamu datang berkunjung ke rumah.  Terutama, tetamu itu adalah ibu bapa sendiri.  Maklumlah kita tidak mahu menunjukkan kekurangan dalam menguruskan rumahtangga.


Belum lagi bab menyediakan menu makanan sepanjang tetamu ada di rumah dan anak - anak yang masih kecil.  Jika tidak diuruskan dengan baik boleh membuatkan kita tertekan.  Selalunya saya memohon keluarga atau rakan memberitahu terlebih dahulu sebelum kedatangan mereka ke rumah.  Ini memberi saya masa bersiap sedia menerima kedatangan mereka.


Berikut langkah - langkah yang saya amalkan :

  1. Memberitahu anak - anak tentang kedatangan tetamu supaya mereka menjaga tingkah laku.
  2. Mohon kerjasama pasangan dan anak - anak membantu menyediakan keperluan tetamu dan mengemas.
  3. Sediakan menu dan bahan - bahan masakan yang diperlukan.  Contohnya, masak air gula supaya senang untuk menyediakan air minuman.  Potong siap - siap buah - buahan dan boleh terus dihidangkan.   

Walau bagaimanapun paling utama hendaklah ikhlas menerima tetamu.  Tunjukkan kita gembira menerima kedatangan mereka.  Tetamu juga rezeki untuk kita.  Allhamdulilllah.



No comments:

Post a Comment