Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Inilah tugas saya setiap hari. Semalam, saya dibantu anak lelaki, Along Zikri. Seronok bila tugas ini dilakukan bersama. Eh, jangan hairan pula ya. Saya memang selalu memohon pertolongan anak - anak membantu mengemas. Semalam hanya tinggal kami berdua sahaja. Yang lain semua ada aktiviti, suami masih ke seminar dan Angah Aida serta Kak Su Aina juga masih ke kelas tambahan.
Jangan lupa ya, mengemas sebenarnya bukan tugas surirumah sahaja. Ia tanggungjawab semua. Boleh mulakan semasa anak - anak masih kecil, in shaa Allah jika kita sudah amalkan anak - anak akan mengikut. Lebih mudah jika kita mulakan dari usia setahun apabila dia sudah pandai mengangkat barang dan berjalan. Berilah tugas - tugas yang mudah dahulu, contohnya menolong membawa pakaiannya yang sudah di lipat atau mengemas barang permainannya.
Biasakan rutin bergotong royong dalam keluarga. Boleh cuba ikuti langkah - langkah mengemas rumah di sini.
No comments:
Post a Comment