Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini saya masak awal, boleh lebih tumpukan perhatian untuk siapkan tugasan - tugasan yang di berikan cikgu, kan. Hari ini seperti biasa sahaja, tiada apa yang menarik. Rutin harian sudah di siapkan.
Terus pada tajuk, inilah rupa anjing peliharaan jiran saya. Hari - hari di salaknya saya dan ahli keluarga apabila keluar rumah. Memang tidak selesa sebenarnya. Paling takut apabila lalu di hadapan rumah jiran tersebut, anjing tersebut menerpa ke arah kami. Setakat ini memanglah anjing tersebut tidak mendatangkan kecederaan pada manusia tapi masih menganggu keselesaan terutamanya dari segi kebersihan.
Sebelum jiran ini berpindah, saya memang membenarkan anak - anak bermain di luar. Tapi sekarang saya tidak lagi, terutama anak perempuan saya. Jika perlu hendaklah di temani oleh saya atau suami.
Rasanya saya ingin sahaja membuat laporan pada majlis pembandaran, biar di ambil tindakan.
Boleh lihat maklumat mengenai anjing ini di sini dan di sini juga.
No comments:
Post a Comment