Friday, 20 September 2013

Bising dan Bau

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Inilah dia jentera yang mengeluarkan bunyi bising bersebelahan dengan kawasan perumahan saya.  Sabar sahaja...yang bising boleh tahan lagi tapi bila bab bau, ya Allah tidak dapat bersabar rasanya.  Sungguh meloyakan tekak.  Tak tahulah dari mana punca bau tersebut.

 Empat tahun yang lalu, kawasan bersebelahan adalah kebun bunga dan hutan bukit.  Wah! cantik dan sedap mata memandang dari balkoni rumah.  Sekarang cuma tinggal tanah merah.  Sedihnya...tiada lagi burung yang datang berkicauan di tepi tingkap.  Harga sebuah pembangunan.


Paling merisaukan saya, akan akibat - akibat dari pembangunan tersebut.  Monyet - monyet yang selama ini tinggal di dalam hutan bukit yang tidak seluas mana lagi itu pun sudah mula memasuki kawasan perumahan.  Menjadi kerisauan jika monyet - monyet ini mendatangkan kecederaan seperti kes yang pernah berlaku tidak lama dahulu.  Walaupun pihak persatuan penduduk telah memanggil jabatan perhilitan untuk menangkap monyet.

Contoh paling tragis pernah berlaku di sini.  Walaupun kes ini sudah berlaku tiga tahun yang lalu, ia tetap satu pengajaran bagi kita.  Bertapa pembangunan yang kita ada ada sekarang harus di bayar dalam pelbagai bentuk.  Belum lagi banjir kilat yang melanda.

Benar kita tidak boleh menolak pembangunan tapi janganlah gadaikan kehidupan hidupan yang lain.  Sebagai manusia kita sedia maklum kitalah khalifah di muka bumi ini.

Astagfirullah.  Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment