Friday, 9 December 2016
Disember Yang Sibuk
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Baru hari ini dapat menulis di sini. Hampir sebulan blog kesayangan ini dibiarkan. Aktif di facebook sahaja. Bukanlah lupa, tapi bila cuti sekolah saja, anak-anak mengambil alih laptop saya. Lagipun mereka sudah selesai Peperikssaan PT3. Bagi sedikit ruang untuk mereka.
Bulan ini memang agak sibuk sedikit. Keluarga di Melaka pula adakan majlis. Tambah pula dengan kesibukan tuan suami. Ada banyak projek yang harus disiapkan. Pejam celik sudah 9hb disember.
Esok ada aktiviti juga. Sebelah petang, mahu ambil Along Zikri di Melaka dan akan ke Johor Bahru pula.
Nanti saya kongsikan lagi cerita dan catatan harian, ya.
Tuesday, 1 November 2016
Mudah Memasak.
Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar, semua? Kak Ani doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik supaya dapat berbuat kebaikan samada kepada ahli keluarga mahupun orang lain. Aamiin.
Pagi ini, Kak Ani masak lauk kari ayam untuk bekal tengahari anak-anak. Sarapan pula, Kak Ani masak mee goreng tomyam. Mahu tahu cara Kak Ani masak dua menu sekaligus? Mudah sahaja. Di rumah, Kak Ani gunakan dapur gas dua penunu. Kak Ani masak guna kedua-duanya sekali.
Tetapi mahu lebih mudah lagi, bahan - bahan masakan hendaklah kita sediakan lebih awal lagi. Kak Ani juga sudah masak sambal terlebih dahulu. Biasanya, masak pada hari minggu. Anak - anak ada untuk membantu. Mudah, bukan.
***************
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik, tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di SINI
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI
Kelas Asas Blog di Sabah
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah
KETERANGAN KELAS
Tarikh : 19 November 2016 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 4.30 pm
Yuran : RM 300
Termasuk:
1. Sarapan Pagi
2. Makan Tengah hari
3. BONUS - 6 ebook
4. Nota kelas disediakan
Lokasi : Lot 30, Blog G, Tingkat 1, Royal Plaza Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Siap sebuah blog bisnes. Selesai kelas offline dapat masuk group kelas rasmi secara online.
1. Peserta terhad kepada 50 orang SAHAJA.
2. Sila daftar terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas ini.
3. Peserta walk-in hanya akan diterima bergantung kepada kekosongan kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4. Peserta dikehendaki membawa laptop dan buku nota sendiri.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya di 0192828266 atau saniah.matsanat@gmail.com
Untuk pendaftaran boleh terus klik SINI
Sunday, 30 October 2016
Cerita Hari Ini
Pagi tadi, Kak Ani lewat sikit sediakan sarapan pagi, maklumlah hari minggu. Kak Ani sediakan, nasi goreng ikan bilis dan jemput-jemput pisang. Baki nasi semalam sedikit, itulah sebabnya Kak Ani masak jemput-jemput juga.
Tengahari, masak istimewa sedikit, ikan patin masak tempoyak. Kali ini, Kak Ani habiskan tempoyak yang mak berikan tempoh hari. Ikan patin ini, tuan suami belikan di pasar malam semalam. Kak Ani masak kesemuanya sekali. Mudah, esok boleh puasa.
Tiada apa-apa yang mahu Kak Ani tuliskan di sini hari ini. Sekadar catatan harian, seperti diari. Mahu menulis seperti Kak Ani,
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
Thursday, 27 October 2016
Esok Sudah Mula Cuti
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat hari Khamis. InsyaAllah, esok anak-anak sudah mula bercuti. Berbaki seminggu lagi untuk sesi persekolahan tahun ini. Hari ini pula, hari terakhir peperiksaaan mereka.
Semoga lancar dan dipermudahkan Kak Su Aina dan Kak Ngah Aida menjawab soalan dan hafazan hari ini. Aamiin.
*********
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
Monday, 24 October 2016
Hatiku Tiada.
Hari ini, tidak dapat menulis seperti biasa. Masih 'online' tetapi tiada hati mahu melakukan aktiviti apa pun. Namun masih membaca.
Ini cara Kak Ani, apabila mahu hilangkan tekanan. Sesekali diamkan diri, ambil masa untuk bertenang.
Tambahan pula bekalan air masih belum pulih lagi di sini. Tunggu sajalah.
#catatanharian2016
*********
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
Saturday, 22 October 2016
Spageti Tomyam Kak Ani
Kak Ani mahu kongsikan resepi spageti goreng tomyam hari ini. Sebenarnya masaknya lebih kurang seperti mee goreng. Bezanya hanya perlu rebus dahulu spageti.
Sediakan sebungkus spageti dan rebus. Ikuti arahan merebus di bungkusan. Sambil itu, Kak Ani potong dadu sebiji bawang holland, dua ulas bawang putih. Boleh juga ditambahkan tomato, ini terpulang. Setengah dada ayam yang dipotong kecil.
Apabila bahan sudah disediakan, sudah boleh tumis bawang, apabila naik bau masukkan tomato dan kacau sebentar. Kak Ani tambah tiga sudu paste tomyam Adabi dan setengah sudu kecil serbuk cili. Jika tiada serbuk cili, boleh tukarkan dengan cili kisar. Sudah naik bau, Kak Ani masukkan ayam tadi dan tambahkan setengah cawan air(agak-agak).
Sudah masak ayam, tambah pula sebungkus serbuk nasi goreng cina Adabi. Kacau sebentar, dan masukkan spageti. Gaul sehingga bahan tumisan tadi sebati dengannya. Siap spageti goreng tomyam. Sudah boleh dihidang dan makan bersama ahli keluarga. Sebelum dihidangkan, boleh tambah hirisan daun limau purut untuk menambah rasa dan daunya.
Kak Ani, The Writer
#catatanharian2016 #teamABDR
*************
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
Sarapan - Dua menu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, semua.
Pagi ini, Kak Ani masak nasi goreng ikan bilis dan kentang goreng. Tadi kentang goreng yang Kak Ani masak versi pisang goreng, ya.
Resepi nasi goreng Kak Ani.
Kak Ani cuma tumbuk ikan bilis, bawang putih dan sebiji cili padi. Tumis sampai kekuningan, tambah garam dan telur sebiji. Kemudian masukkan nasi. Goreng sampai sebati. Sudah boleh dihidangkan dan makan. Ini resepi dari nenek Kak Ani tetapi biasalah olah sedikit.
Jarang Kak Ani masak sampai dua menu sekaligus. Tetapi hari cuti kan, jadi tidak perlu terkejar-kejar sangat. Ya, beginilah rutin Kak Ani. Hari sabtu dan ahad lebih santai. Rehat-rehat bersama keluarga.
Kak Ani, The Writer.
#catatanharian2016 #teamABDR #AkademiBekerjaDiRumah
Friday, 21 October 2016
Mahu Gembira?
Pagi ini, sediakan spageti goreng tomyam. Sudah lama Kak Ani tidak sediakan menu ini. Kali ini, Kak Ani hiris halus daun limau purut untuk menambahkan rasa dan bau wanginya. Berselera sekali tuan suami dan anak-anak makan.
Kak Ani rasa gembira melihatnya. Rasa begitu disayangi. Mudah kan, mahu gembirakan hati sendiri dan ahli keluarga. Macam Kak Ani, caranya ialah memasak.
Begitulah kawan, mahu gembira tidak semestinya perlu lakukan hal-hal luar biasa. Lakukan perkara yang biasa-biasa pun kita sudah boleh merasakannya. Paling mudah, berikan senyuman manis kita. Boleh kan?
Kak Ani, The Writer.
#teamABDR #AkademiBekerjadiRumah #catatanharian2016
******
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
Wednesday, 19 October 2016
Selamat Tinggal
Allahuakbar. Sedih jugalah apabila telefon kesayangan pecah skrinnya kerana jatuh terhempas pada awal tahun. Namun begitu, ia masih boleh digunakan.
Namun akhirnya, hari ini, ia sudah hilang kemampuan untuk berkhidmat. Apapun saya memang puas hati selama menggunakannya.
Begitulah kawan, walaupun sayang, apabila sampai masanya perlu dilepaskan juga. Mana tahu, dapat yang lebih baik lagi. Bukankah, patah tumbuh, hilang berganti.
Tuesday, 11 October 2016
Peperiksaaan PT3
Foto : Kelab Kelas PT3 Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi.
Sebelum peperiksaan, pihak sekolah jemput ibu bapa ke majlis solat hajat untuk anak-anak ini. Kali ini kedua-dua anak saya menghadapinya. Tambah berdebar-debar sebah ada dua orang. Lain sekali perasaannya. Nampak sahaja tenang tapi dalam hati risau juga.
Moga anak-anak berjaya. Aamiin.
Friday, 7 October 2016
Menu Minum Petang
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Alhamdulillah. Inilah hasilnya, cempedak goreng. Menu minum petang semalam.
Bau cempedak saja bila ke dapur. Kelmarin, sediakan semasa sarapan. Ini pun masih berbaki dua biji lagi.
Begitulah kawan, rezeki. Mahu beli diluar, agak mahal juga harganya. Sudah lama juga terpandang-pandang buah ini. Teringin. Alhamdulillah, akhirnya dapat makan. Puas hati.
Tuesday, 4 October 2016
Kiriman Dari Kampung
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Pagi tadi, kakak ipar hantar pesanan. Tulisnya, mak ada kirimkan buah cempedak. Mahu dihantar ke rumah atau mahu saya ambil sendiri di kediamannya. Pantas sahaja saya menjawabnya, mahu ambil di sana. Bukan apa, memudahkannya.
Tadi, dalam pukul sepuluh saya sudah berada di sana. Mahu ambil kiriman mak. Rupanya bukan sedikit buahnya, banyak. Lihatlah gambar. Cukup untuk kami sekeluarga. Bukan itu saja, mak kirimkan sekali pucuk ubi, cili padi dan limau kasturi.
Mahu tahu tidak? Lama sudah saya sebut-sebut mahu makan cempedak goreng. Tapi saya mahu cempedak dari Keratong. Buah cempedak dari belakang rumah mak abah memang manis. Dulu-dulu, buahnya lagi besar dari sekarang. Kali ini, saya mahu jerukkan kulit cempedak. Mahu jadikan mandai, salah satu makanan orang banjar. Sedap dimakan bersama nasi panas.
Monday, 3 October 2016
Sunday, 2 October 2016
Dengarkan Suaranya
Teks : Saniah Mat Sanat
Baik isteri, mahupun suami. Ada masanya tadahkan telinga sahaja mendengar apa sahaja cerita-cerita yang diperkatakan.
Usah berikan penyelesaian kerana adakalanya, si dia hanya mahu berkongsi rasa hati. Hanya sedikit sentuhan boleh sahaja menenangkan.
Kak Ani, The Writer
#kahwinmuda
#AkademiBekerjaDiRumah
Rahsia Penulisan Berpengaruh
Buku ini sangat sesuai untuk newbie yang mahu menulis.
Harga - rm22 termasuk pos.
Hubungi - 019 282 8266
Saturday, 1 October 2016
Rawatan Sakit Gastrik.
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Mahu kongsikan rawatan tradisional sakit gastrik. Sudah dua hari saya alaminya. Dari bujang sudah ada penyakit ini. Cuma sekarang sudah jarang sakit.
Sebenarnya saya kurang sukakan ubat gastrik yang berwarna putih itu. Itulah asbab mencari cara yang lain.
Setelah Google, saya cuba dua cara. Iaitu minum air masak bercampur madu dan bawang putih yang sudah dibakar.
Caranya ialah bakar bawang putih atas api dalam dua atau tiga minit dengan kulitnya sekali.
Biarkan sejuk sedikit, buang kulit dan basuh bawang untuk buangkan hitam-hitam yang terhasil dari kesan bakar tadi. Kemudian, boleh dimakan.
Alhamdulillah, berkesan. Kongsikan jika bermanfaat.
Posted via Blogaway
Friday, 30 September 2016
Tempat Lepak.
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Tadi hantar anak bujang ke pejabat kawannya. Saya ingatkan supaya pergi awal ke masjid. Asalnya, merancang mahu ke perpustakaan tetapi batalkan. Lagi pun semalam sudah ke sana meminjam buku.
Perpustakaan ialah tempat lepak yang paling saya suka. Paling seronok, berjalan dari satu rak ke satu rak. Baca tajuk-tajuk buku yang tersusun. Tambahan pula di sebelah bangunan perpustakaan ada tasik. Ada juga gerai yang menjual laksa dan cendol yang menambah tarikan.
Setelah hantar anak bujang, saya terus pulang. Dalam perjalanan, mahu singgah di farmasi tetapi rupanya ia masih belum dibuka lagi. Petang nanti pun boleh beli ubat.
Kak Ani, The Writer
#catatanharian2016
#AkademiBekerjaDiRumah
Thursday, 29 September 2016
Niat Dipermudahkan.
Teks : Saniah Mat Sanat
Salah satu 'wishlist' saya tercapai. Mahu tahu apakah ia? 'Wishlist saya ialah buku Rahsia Penulisan Berpengaruh.
Ini salah satu cara saya reward diri. Bagaimanakah cara kawan-kawan pula?
Kisah semalam. Niat di hati mahu memberi. Tetapi masih belum pasti mahu berikan kepada siapa.
Pagi tadi, apabila Kak Rahmah Yaakob beritahu ada yang perlu dibantu, saya tahu inilah dia orangnya. Mudah sahaja.
Begitulah kawan, apabila kita berniat mahu berbuat baik. Saya sendiri dapat 'reward' diri. Sudah lama ia berada dalam 'wishlist'.
Meremang juga bulu roma. Eh, jangan salah sangka, ya. Bukan cerita seram. Tapi kisah hati rasa bahagia apabila semua urusan dipermudahkan-Nya.
Wednesday, 28 September 2016
Nikmat
Teks dan foto : Saniah Mat Sanat
Apabila ditarik sedikit nikmat pendengaran, saya banyak meneliti diri. Ya, tidak dinafikan terasa sukar mahu berkomunikasi mulanya. Perlu lebih fokus untuk mendengar.
Bila berbual, saya perlu berhadapan secara depan-depan. Jika diajak berbual sambil melakukan kerja, saya sering gagal menangkap butir bicara yang dibualkan.
Ini berlaku sejak saya kemalangan pada dua tahun yang lalu. Adakalanya, telinga saya mengeluarkan bunyi yang berdesing dan ia sedikit menyakitkan. Walaupun keadaan itu berlaku hanya beberapa saat.
Begitulah kawan, apabila nikmat kita yang ada ditarik. Baru sedar, banyaknya nikmat-nikmat lain yang diberikan-Nya. Hati sudah redha. Insaf sangat.
#catatanpengalaman2016
Mahu menulis pengalaman bermakna, belajar bersama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya di 019 282 8266 untuk pendaftaran.
Tuesday, 27 September 2016
Nak Tulis Apa?
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sejak semalam lagi, bekalan air di kawasan kediaman saya sudah pulih. Rutin harian masih seperti biasa. Sarapan, saya sediakan nasi goreng.
Saya tinggalkan dua hari aktiviti menulis. Apabila mahu mula menulis kembali, jari jemari terhenti di papan kekunci. Tidak tahu mahu mula yang mana satu.
Ada banyak perkara yang mahu dikongsikan tetapi bila terlalu banyak pun sudah tiada fokus.
Inilah masanya, baca kembali Ebook Asas Belajar Blog. Ebook ini bacaan wajib setiap kelas Akademi Bekerja Di Rumah.
*********
Mahu belajar bersama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah? Boleh terus hubungi saya di 0192828266.
Thursday, 22 September 2016
Pucuk Keledek
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.
Alhamdulillah. Cuaca mendung hari ini. Tadi, akak minta anak bujang petik pucuk keledek di belakang rumah. Akak suruh dia masak hari ini.
Walaupun begitu, akak masih pantau apabila dia memasak. Sesekali, akak biarkan saja dia kuasahi dapur. Contohnya, apabila dia sediakan sarapan pagi atau minum petang.
Setakat ini, anak bujang sudah boleh diharapkan untuk memasak andai akak ada urusan di luar.
Begitulah salah satu cara akak didik anak-anak. Samada lelaki atau perempuan, sama sahaja. Akak mahu mereka tidak kekok lakukan kerja-kerja rumah.
#catatanharian2016
Wednesday, 21 September 2016
Kek Coklat Lagi
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Petang semalam, saya masak kek coklat lagi. Kali ini, saya gunakan pengisar makanan untuk sediakan adunannya. Mudah sedikit. Sebelum mulakan, terlebih dahulu saya panaskan periuk kukus. Saya mahu kek coklat versi kukus. Mahu bakar pun boleh juga.
Bahan-bahannya ialah telur sebanyak empat biji dan secawan gula. Saya kisar yang ini dahulu sehingga kembang. Kemudian, saya masukkan secawan minyak masak. Kisar lagi. Selepas itu, saya masukkan pula serbuk koko sebanyak setengah cawan. Kisar semula sehingga sebati. Tambah pula 3/4 cawan susu pekat yang dicampur sedikit air panas menjadikan ia satu cawan. Kacau kedua-dua bahan ini terlebih dahulu, barulah saya masukkan ke dalam pengisar.
Paling akhir, masukkan tepung naik sendiri sebanyak dua cawan. Saya ayak terlebih dahulu. Tepung ini, saya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar tadi. Apabila adunan sudah sebati, saya tuangkan ke dalam bekas yang sudah disediakan terlebih dahulu. Kukus selama satu jam.
Apabila masak, saya lakukan sentuhan akhir iaitu masak coklat compound dan dua sudu mentega secara double boil sehingga cair dan curahkan atas kek tadi. Anak-anak suka sangat. Sudah menjadi kek kegemaran mereka. Pagi tadi, mereka bawa ke sekolah makan bersama kawan-kawan.
Friday, 9 September 2016
Tips Pilih Pasangan.
Masa mahu pilih pasangan, akak tetapkan beberapa syarat. Nak tahu tak, apa syaratnya? Salah satu syaratnya ialah berani. Dulu mana tahu kita kena pilih agamanya. Kurangnya ilmu. Huhuhu...
Selain tu, nak macam abah. Abah kan idola akak. Hihihi...pandai masak, tahu basuh baju sendiri dan bekerja keras. Di mata akak, abah contoh lelaki yang baik.
Alhamdulillah, sungguh Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tuan suami, sama macam abah. Itulah kuasa-Nya.
*******
KELAS ASAS AKAUN - OFFLINE]
Grup Coaching Asas Akaun (Min 5-6 peserta)
Tarikh: 24/09/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Desa Alam, Shah Alam.
Grup Coaching Asas Akaun (Min 10-25 org peserta)
Tarikh: 15/10/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Putrajaya
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI?
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Hubungi saya di 0192828266 untuk pendaftaran.
Wednesday, 7 September 2016
Nasi Goreng Ikan Bilis
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.
Pagi ini, akak sarapan nasi goreng ikan bilis. Menu ini ringkas saja. Mudah. Bahan-bahannya ialah tiga biji bawang merah, seulas bawang putih, sebiji cili padi, segenggam ikan bilis, dua cawan nasi dan sebiji telur.
Pertama, akak hiris dahulu bawang merah dan bawang putih. Kemudian, akak ambil lesung batu dan tumbuk kedua-duanya. Apabila sudah lumat, akak masukkan cili padi tadi dan tumbuk sekali lagi. Akhir sekali, akak masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga lumat.
Kedua, akak masukkan minyak dalam kuali. Apabila sudah panas, akak tumis bahan tumbuk tadi. Goreng sehingga kekuningan dan tambah garam. Kemudian, akak tambah telur dan nasi tadi. Goreng sekejap. Goreng dalam lima minit, sudah boleh makan.
Selalunya akak masak dalam nasi goreng dalam masa dua puluh minit. Mahu cepat lagi, sediakan bahan-bahannya waktu malam. Jadi, apabila waktu pagi, boleh terus masak.
#resepi #catatanharian2016
Tuesday, 30 August 2016
Pendaftaran Kelas Asas Blog September.
Kelas menulis blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sesuai untuk:
(1) Suri yang belum ada asas berniaga online tetapi serius mahu mula belajar berniaga.
(2) Suri yang mahu belajar asas memperkenalkan diri, produk dan servis secara online.
Pendaftaran 10 orang pelajar September kini dibuka. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
#AkademiBekerjaDiRumah
#ABDR
Wednesday, 24 August 2016
Kelas Asas Akaun Online
Bagi yang mahu sertai kelas asas akaun online:
Pendaftaran kelas online kini dibuka
1. Kelas asas online (Min 3 orang)
Tarikh: 3/09/16 Sabtu
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran : rm150
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.
Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.
Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.
Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.
Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.
P/S : Kelas hanya akan berlangsung jika cukup pelajar 3-5 orang. Jika tak cukup, pihak kami akan menunda pada tarikh akan datang.
Tuesday, 23 August 2016
Kelas Akaun
KELAS ASAS AKAUN - OFFLINE]
Grup Coaching Asas Akaun (Min 5-6 peserta)
Tarikh: 24/09/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Desa Alam, Shah Alam.
Grup Coaching Asas Akaun (Min 10-25 org peserta)
Tarikh: 15/10/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Putrajaya
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI?
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Boleh PM ke inbox untuk pertanyaan selanjutnya.
Sunday, 21 August 2016
Kasut McDonald's
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.
Nak tahu tak? Abah pernah belikan akak kasut sekolah yang lebih besar dari saiz kaki. Abah beritahu sudah tiada lagi saiz yang lain di kedai. Jadi akak perlu pakai juga kasut itu ke sekolah.
Mujurlah kasut itu bertali, jadi akak ikat ketat-ketat dan tambah kertas di dalamnya walaupun kurang selesa. Nampak besar sungguh kasut itu di kaki akak.
Rasa malu juga tapi akak tebalkan saja muka. Tambahan pula, ada kawan-kawan lelaki yang mengatakan akak pakai kasut McDonald.
Dalam hati akak, pedulikan kata-kata mereka. Mereka tidak tahu, abah bukan sengaja. Walaupun ada ketika akak rasa marah juga.
Tapi akak tahu, abah sudah usahakan yang terbaik. Sudah ke bandar membawa tali rafia yang berukuran saiz kaki akak ke bandar. Tak kan kerana sepasang kasut, akak mahu abah berulang alik ke bandar.
Dalam hati akak juga, maafkan saja mereka kerana mereka tidak tahu. Lagi pun kata-kata mereka tidak dapat menandingi kasih sayang yang abah tunjukkan.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
Friday, 19 August 2016
Buku Nota
Assalamualaikum. Selamat pagi, semua. Senyum selalu. Akak doakan pagi ini, semua ceria dan sihat hendaknya. Aamiin.
Pagi ini, akak mahu ceria dan bersemangat. Jadi akak balut buku nota. Sesuaikan dengan blog ini.
Cikgu pesan setiap pelajar ABDR siapkan buku nota khas untuk blog. Buku nota ini wajib kita adakan supaya kita boleh tulis idea atau catatan harian untuk blog. Cikgu pesan, tulis seperti diari. Kita tulis saja setiap aktiviti dari buka mata hingga pejam mata.
Ini juga salah satu cara supaya kita dapat konsisten menulis. Kita tulis dan sesuaikan dengan fokus blog. Asas ini kita perlu mahirkan. Tulis, tulis dan tulis lagi. Makin kita tulis, semakin kita mahir.
Thursday, 18 August 2016
Cemburukah?
Masa mula-mula kahwin, cemburu jugalah lihat orang ada kereta lawa tau. Yang kami ada motor kapcai. Bila hujan, cepat-cepat berhenti cari tempat berteduh dan pakai baju hujan. Best juga kena hujan. Sweet sangat rasanya. Suasana pun romantik gitu.
Tapi tuan suami pesan, usah lihat apa orang ada. Kenapa mahu lihat dan bandingkan? Lihat apa yang kita ada dan bersyukur punya kenderaan. Ada yang tidak ada pun kereta mahupun motor.
Analogi yang tuan suami berikan ialah sekarang dia beli memang baru, tapi bila tiba masanya kita pula beli. Bukankah, yang dia punya sudah jadi kereta lama, yang kita punya kereta baru. Lambat cepat tentu ada rezeki kita. Janji Allah itu pasti.
#kahwinmuda #catatanpengalaman2016
WAHM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawanku. Didoakan urusan semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Aamiin.
Wahm (work at home mom) Ibu bekerja di rumah.
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah. Jangan terikat apabila bergelar wahm, kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja kita dari masa ke semasa.
Sumber : Ebook Super WAHM Super MOM
Bila Sudah Kahwin
Bila berkahwin, hubungan dengan mak, abah dan adik beradik agak renggang jugalah. Maklumlah keutamaan sudah berubah kan. Tapi akak ni kiranya beruntung sangat sebab tuan suami tidak pernah berkira masa, tenaga dan wang ringgit untuk kedua-dua keluarga.
Sama saja baginya. Katanya, dua-dua pun mak dan ayah yang wajib kita berbuat baik. Biasalah jika ada yang sedikit berbeza pandangan kan. Cara hidup kedua-dua keluarga tak sama. Jadi ia salah satu sebab akak terima dan sokong seratus peratus setiap keputusan tuan suami.
Walaupun adakalanya berbeza pendapat dalam sepanjang perbincangan. Namun yang akak pegang ialah selagi keputusan yang mahu diputuskan tuan suami tidak melanggar hukum yang ditetapkan selagi itulah akak mengikutinya. Itulah salah satu cara akak untuk sama-sama hidup harmoni.
#catatanpengalaman2016 #kahwinmuda
Tuesday, 16 August 2016
Berani VS Ketakutan
Teks : Saniah Mat Sanat.
Aduh! Tak tahu mana mahu mula. Akak memang ada tulis cerita tapi sudah dua kali tulis, idea berhenti di tengah cerita. Nak cerita mengenai perjalanan minggu lepas.
Tahu tak? Inilah dia dinamakan "writer's block".
Kenapa ia berlaku? Salah satu ialah ketakutan. Inilah yang akak beritahu petang tadi. Menulis perlukan keberanian.
Sebenarnya kita perlu hadapi perasaan takut itu. Tidak mudah. Tetapi mudah bila ada ilmu. Mulakan dulu dengan asas. Tulis ayat yang mudah dan pendek dahulu. Ini yang cikgu akak ajar, tau.
#AkademiBekerjaDiRumah
Nak belajar menulis? Jom sama-sama belajar dengan kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah.
Hubungi akak melalui whatapps - 0192828266 atau melalui email - saniah.matsanat@gmail.com
Monday, 15 August 2016
Rezeki
Alhamdulillah. Rezeki hari ini. Mak kirimkan buah durian dan tempoyak tadi melalui abang. Terima kasih mak dan abah. Rasa sweet pula. Mak kirimkan kelapa dan buah binjai juga.
Betullah rezeki tidak pernah salah alamat, akak memang teringin nak makan buah durian. Sekali dapat lapan biji. Banyak sungguh untuk akak sekeluarga. Terima kasih, mak.
Nak tahu tak? Mak selalu kirimkan macam-macam pada akak. Antaranya, ulam. Yang sentiasa, jadi posmen tentulah abang akak. Dia selalu pulang ke Keratong. Abang akak ni tinggal berdekatan, jadi mudahlah.
Abaikan pemandangan kat belakang, ya. Botol-botol tu, simpanan air kat rumah ni. Tiga hari lepas setiap petang hingga ke subuh air dicatu.
Hanya Satu Soalan.
Kedengaran bunyi motor abah, cepat-cepat akak tutup tv. Tidak lama kemudian, muncul abah sambil bertanya sudahkah akak baca buku. Cepat saja akak anggukkan kepala. Dalam hati, berdebar-debar takut ditegur.
Segera akak melangkah ke arah beg sekolah. Ambil buku dan baca dengan tekun. Takut sungguh. Rasa bersalah juga sebab sebenarnya akak tak baca pun lagi. Walaupun akak sudah siapkan kerja sekolah.
Korang tahu tak? Sebenarnya bila mak dan abah bertanya, mereka sedang memantau kita. Mereka ambil berat dengan cara mereka sendiri. Sekarang baru akak faham. Hanya satu soalan tetapi akak ingat sehingga sekarang.
Anak Abah Menulis.
Tuesday, 9 August 2016
Kelas Akaun Ogos 2016
Pendaftaran Kelas asas Akaun dibuka kembali:
1. Kelas asas online (Min 3 orang)
Tarikh: 13/08/16 Sabtu
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran -rm150
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
2. Grup Coaching (Min 4-6 peserta)
Tarikh: 20/08/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran - rm250
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Boleh PM ke inbox untuk pertanyaan selanjutnya.
Monday, 25 July 2016
Janji Allah Pasti
Monday, 11 July 2016
Wednesday, 29 June 2016
Kenapa Akak Kongsikan Cerita Abah.
Teks: Saniah Mat Sanat.
Alhamdulillah. Ini status akak di facebook pagi tadi.
Wah! Dah cukup like. Ok. Akak cerita, ya. Akak menulis kerana mahu hargai abah. Mahu ingat dan imbas kembali kenangan manis dengan abah. Tambahan pula akak mula menulis pada hari bapa yang lalu.
Bila dah mula berkongsi, baru akak sendiri sedar banyaknya kasih sayang yang abah berikan. Walaupun abah tidak beritahu secara lisan tapi abah tunjukkan melalui perbuatan.
Catatan pengalaman yang sebegini uniklah yang membezakan kita dengan orang lain. Kita kongsikan dan catatkan di blog. Mana tahu, segala perkongsian kita menjadi asbab kepada orang lain menjadi lebih baik.
Anak Abah Menulis.
#AkademiBekerjaDiRumah
Nak belajar menulis pengalaman unik anda. Boleh terus berhubung dengan akak di private massage atau email saniah.matsanat@gmail.com
Pisang Emas.
Pisang emas salah satu buah kegemaran akak. Ingat tak kisah akak mengenai selalu balik kampung tu. Cerita kali ini ada hubung kaitnya.
Setiap kali balik kampung, abah akan berikan akak pisang emas untuk dibawa pulang ke kota. Hasil tanaman abah sendiri. Mak pula tolong bungkuskan. Akak simpan dalam beg pakaian. Ada masanya sesikat, kadangkala dua sikat. Tak dapat bawa lebih, maklumlah naik bas.
Pisang emas tu lah tanda kasih sayang abah. Pokok pisang dijaganya dengan baik. Nak bagi akak bila berbuah dan sudah masak. Siap simpankan, menanti akak pulang.Tu cerita mak pada akak.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
#AkademiBekerjaDiRumah
Saturday, 25 June 2016
Belajar Masak Dengan Abah
Apabila belajar masak dengan abah, kena tengok cara abah sedang memasak. Macam tu juga bila belajar dengan mak. Bila akak tanya mengenai sukatan bahan masakan. Kedua-duanya, mesti cakap, agak-agak je. Pandai-pandailah bila nak cuba masak kat rumah sendiri.
Thursday, 23 June 2016
Juadah Berbuka Yang Dirindui
Hidangan juadah berbuka yang paling akak suka semasa kecil ialah roti canai dan murtabak mak. Yang paling best mak dan abah sama-sama saling membantu memasak di dapur. Rindunya kat mak dan abah. Air tangan mak memang terbaik.
#AkademiBekerjaDiRumah
Ada yang mahu kongsikan juadah berbuka disukai, boleh komen, ya. Terima kasih.
Abah
Tulisan ini, akak tulis di facebook pada hari bapa yang lalu. Ada banyak cerita yang akak tulis dahulu di facebook, kemudian barulah dikongsikan di sini.
Alhamdulillah, hari ini akak nak ucapkan selamat hari bapa pada semua sahabat yang bergelar bapa. Akak tak pernah pun menyambutnya. Pada akak ingatan untuk bapa selalu ada. Betul tak?
Akak rapat dengan abah. Dari kecil lagi. Teringat mengikuti abah ke kedai kopi. Abah pesan secawan teh. Kemudian, abah tuang sedikit air teh ke dalam piring dan berikan kepada akak. Akak hirup sedikit demi sedikit. Bila habis, abah tuang lagi. Akak tak ingat samada abah minum atau tidak air teh itu tapi akak ingat perasaan gembira yang akak rasai semasa itu sehingga hari ini. Terima kasih, abah.
Tulis dan kongsikan pengalaman kita. Belajar lagi di kelas asas blog pasukan Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR) bagaimana menulis betapa uniknya diri kita.
#catatanpengalaman2016 #AkademiBekerjaDiRumah
Thursday, 9 June 2016
Ikhlas.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah hari keempat kita berpuasa. Akak doakan kita semua ikhlas beramal lillahi taala.
Allahuakbar. Banyak yang akak pelajari semasa sesi tazkirah ramadhan kali ini. Antaranya apabila kita mahu ikhlas dalam beramal adakalanya perlu paksa diri dulu, lama kelamaan ikhlas akan ujud di hati. Ingatan ini untuk diri akak yang sering leka. Astagfirullah.
Tadi akak dah cerita sedikit mengenai ikhlas. Kali ini boleh tak kita mulakan dahulu dengan amalan berselawat. 'Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad'
Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga baginda.
Wednesday, 8 June 2016
Ramadhan 2016 - Hari Ketiga
Alhamdulillah, rutin harian bulan ramadhan masih sama lagi. Saya bangun sahur pada pukul empat setengah pagi. Masak nasi dan air dahulu, kemudian barulah kejutkan anak-anak dan suami.
Menu sahur saya, nasi putih berlaukkan sambal ikan keli, sayur brokoli dan air teh. Menu ini sama sahaja dengan menu saya pada bulan-bulan yang lain. Tak perlu fikir menu lain lagi, ulang saja menu sedia ada.
Pada yang mahu mendaftar kelas asas blog, boleh terus whatapps atau telegram saya di 0192828266. Boleh juga baca dahulu maklumatnya di sini dulu, ya.
Tuesday, 7 June 2016
Kenangan Berpuasa 1
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari kedua kita semua berpuasa.
Akak nak cerita sikit. Bila bulan puasa ni, akak teringat gelagat anakanda sulung semasa pandai meniarap. Setiap hari dia mesti bangun sekali apabila akak dan suami bersahur.
Sekarang dia dah berusia lapan belas tahun. Bila anak-anak sudah besar, kita sebagai ibu sentiasa terkenang-kenang gelagat anak semasa kecil. Akak bersyukur sangat dapat membesarkan mereka.
Anakanda juga sekarang sudah bergelar jurugambar. Tidak berapa lama lagi, tamatlah sesi pembelajarannya di Saiful Nang Academy. Jika ada yang mahu servis anakanda boleh terus berhubung dengannya.
Sunday, 15 May 2016
Tips BRANDING Diri
Teks : Saniah Mat Sanat.
Sumber : Tuan Izan
Tips BRANDING Diri di wall personal.
1) Perlu adakan nama yang mudah difahami diwall anda sendiri
jangan lah letak
nama pelik dan sukar difahami supaya ia menjadi satu branding yang kuat dimasa akan datang.
dan perlu difahamkan
jika nama itu ada value pasti dan pastinya ia akan beri kesan positif terhadap sales
boleh juga guna nama penuh atau nama samaran
Apa yang penting ada nama mudah dan senang faham oleh pembaca a.k.a pelanggan anda.
2) Membina jenama diri dengan memberi 2 atau 3 status sehari minima bab tips yang ada kena mengena dengan produk anda.
galakkan mereka share dan like status anda dengan mengunakan ayat ayat CTA
3) Hide post anda yang kurang like, jika anda sekarang sudah ada like 30 keatas, jika anda jumpa status bawah 30 anda boeh hide from time line
4) Selalu menghadiri seminar percuma berdekatan dengan anda, dan sentiasa ada gambar gambar aktiviti anda semasa dalam seminar ini,Jaga aurat ketika bergambar dan jaga adab dalam bergambar.Tujuan nya hanya membina kepercayaan yang anda seorang yang sukakan ilmu
5) Selalu tag atau follow orang orang yang anda nampak ada follower nya tersendiri, LIKE status status komen
friends itu supaya mereka mula perasan dan mula cari siapa anda sebenarnya, sebaiknya pergi ke page page yang ada kaitan dengan produk anda, cadangan ya.
Terima kasih. Moga bermanfaat.
Saturday, 14 May 2016
Perkongsian di Facebook.
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selamat pagi. Apa yang kita fikir, kita buat, kita rasa, dan bayangkan itu juga DOA.
Doa Senjata Orang Mukmin.
Dengan doa, segala yang sukar menjadi mudah. Dengan doa segala yang tidak mungkin boleh sahaja mungkin. Berdoalah tanpa putus asa, kerana hanya Allah tempat meminta.
(Petikan, Kisah 40, Buku Allah Tempat Meminta)
Semalam status fb akak yang ini mendapat 13 share dan 335 like.
LIKE status kawan yang belum pernah kita LIKE.
SUPPORT bisnes kawan walaupun kita TAK BELI.
Kongsi manfaat bersama, semoga rezeki makin luas!
Akak catatkan di sini untuk perkongsian dan rekod akak.
Tuesday, 19 April 2016
Membebel
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Alhamdulillah atas kasih sayang Allah. Apabila bermula pagi, tidak menunggu tengahari. Bermula tengahari tidak menunggu petang. Bermula petang tidak menunggu malam. Allah jadikan siang untuk berusaha, Malam untuk berehat dan ibadah.
Berjuang dan menggunakan siang dan malam atas usaha menyampaikan ilmu. Moga Allah nilai sebagai ibadah.
Petang tadi, saya membebel sikit di facebook. Membebel untuk kebaikan. Saya bebel mengenai tulisan juga. Kalau boleh cubalah tulis menggunakan ejaan penuh. Mula-mula sahaja macam susah, tetapi bila kita sudah biasa jadi mudah sangat.
Sebenarnya bila kita gunakan ejaan penuh, orang lain lebih mudah serap dan faham maklumat yang mahu kita sampaikan. Ini yang saya dan sahabat-sahabat ABDR pelajari di kelas asas blog. Mahu belajar bersama kami, boleh terus hubungi saya di saniah.matsanat@gmail.com atau whatapps/telegram di 0192828266 ataupun private massage saya di facebook.
Doa Pagi Ini
Monday, 28 March 2016
Urus Emosi Suri
Foto : Koleksi Peribadi
Assalalamualaikum. Alhamdulillah. Salam hujung minggu. Hari ini mahu raikan keluarga.
Semoga dipermudahkan urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang mendatang. Aamiin.
Bila kita dedahkan diri dan beri ruang kepada orang lain, kita perlu bersedia hadapi perkara yang sudah dalam jangkaan. Ketika ini perlu tahu urus emosi. Akak nak baca dan lihat yang positif saja buat masa sekarang. Astagfirullah.
Alhamdulillah. Siang tadi, emosi akak agak terganggu sedikit. Cara akak urus emosi ialah bercerita dengan orang yang terdekat. Sudah tentu yang utama mengadu pada Allah.
Selain itu, akak membaca atau menonton di YouTube. Terpulang kepada kaedah masing-masing. Bukan mudah sebenarnya mahu kawal emosi.
Bukan semua perkara yang akan berlaku seperti yang kita mahukan. Ada perkara yang kita boleh dapat, ada perkara yang kita tak boleh dapat. Selamat malam.
Akak copy dan paste stasus facebook semalam. Moga bermanfaat. Aamiin.
Thursday, 3 March 2016
Cerita Saya Di Migguan Wanita
Foto : Koleksi Peribadi
Berapa ramai telah diberi peluang kali kedua. Ujian demi ujian yang datang, dilihat dari sudut hikmah yang paling dalam. Andai masih belum memahami makna setiap ujian, maka rugilah bagi mereka yang dipilih oleh Allah.
Terima kasih, Puan Netty Ah Hiyer, Cikgu Masayu Ahmad dan Cikgu Aishah Hussein serta semua sahabat ABDR.
Monday, 29 February 2016
Tarikh Istimewa.
Foto : Koleksi Peribadi
Assalamu 'alaikum. Salam ceria. Mulakan dulu dengan niat lillahi taala dan selawat atas nabi kita.
Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau redhai dan ianya membantu ramai orang lain! Aamiin.
Alhamdulillah. Hari ini, 29hb Febuari. Tarikh yang kita temui setiap empat tahun sekali. Rutin harian saya masih seperti biasa. Sarapan, saya sediakan roti Gardenia ala-ala roti john. Mudah dan ringkas. Sambil sediakan sarapan, masak juga menu tengahari.
Hari sabtu yang lalu, saya sekeluarga berkunjung ke Karnival Karangkraf. Kali ni hanya beli buku untuk kak ngah dan kak su saja. Sambil jalan-jalan lihat buku, kali ini Along Zikri ada tugasan kelas fotografinya. Sebenarnya tak rancang pun mahu ke Karangkraf. Selepas selesai di Karangkraf, kami ke Expo Baby pula di KLCC pula. Along Zikri masih lakukan tugasannya di sini. Saya pula berjumpa salah seorang rakan maya iaitu Puan Marubeni.
Apabila pulang, singgah pula di Bulatan Uniten. Along Zikri beli sotong gergasi. Saya pula beli mee rojak campur sotong dan kuih muih. Sampai di rumah, saya sediakan minum petang. Hari Ahad, tak ke mana-mana. Rehat sebab keletihan.
Wednesday, 24 February 2016
Catatan Harian-24hb Februari
Foto : Koleksi Peribadi
Assalamu ‘alaikum. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.
Aamiin.
Alhamdulillah. Rutin harian masih seperti biasa. Hari ini, jadual mencuci pakaian. Semenjak anak-anak sudah besar, tugas mencuci juga selalu diberikan kepada mereka terutamanya hujung minggu. InsyaAllah, esok mahu mengemas pula. Ini salah satu cara untuk kita tidak mahu jemu lakukan perkara yang sama.
Awal pagi tadi juga sudah masak untuk makan tengahari. Sekalikan dengan waktu sediakan sarapan pagi. Tugas menjadi lebih mudah. Boleh tumpukan perhatian update post di facebook, istagram dan blogger.
Nota pagi.
Konsisten itu sangat perlu dalam ada jua perkara, begitu juga apabila menggunakan blog sebagai salah satu alat pemasaran online.
Sumber : Kelas Asas Blog
===========================
Soalan:
Bukankah semua orang boleh menulis blog?
Jadi apa perlunya belajar di kelas blog pula?
Jawapan:
Ya betul. Semua orang boleh menulis blog.
Kita semua sudah ada kemahiran menulis sejak kecil.
BEZAnya, kita PERLU tambahkan lagi ilmu seandainya kita mahu menulis blog berinformasi, mempunyai trafik tinggi dan blog yang dapat membantu kita menjana pendapatan. Belajar cara menulis yang betul, insyaAllah boleh memberi hasil yang kita mahu.
===========================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online
Apa beza kedua-dua kelas ini?
Kelas Asas Blog dan Penulisan
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
3) Belajar menulis mengikut fokus produk.
4) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.
Kelas Asas Mula Bisnes Online
1. Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk/servis.
2. Belajar menulis secara fokus mengikut lima label utama.
3. Belajar bina borang tempahan.
4. Khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
5. Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara.
6. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi kami bila kalian sudah sedia.
Friday, 19 February 2016
Catatan Harian, 20/2
Foto : Koleksi Peribadi
Salam Jumaat. Dah lama juga tidak ke Komleks Sukan Bandar Baru Bangi. Biasanya, saya menemankan suami bersenam di sini sambil melihat gelagat pengunjung-pengunjung yang lain.
InsyaAllah, esok Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina ada karnival sukan sekolah di Stadium UKM pula. Karnival sukan sudah dimulakan dari semalam lagi, esok adalah acara kemuncaknya.
Bila disemak, rupanya sudah seminggu saya tidak kongsikan apa-apa di sini. Sebenarnya aktiviti harian saya masih berjalan seperti biasa. Cuma lebih aktif di facebook.
Namun, untuk pendaftaran kelas asas blog dan asas akaun masih menerima pendaftaran setiap hari. Hubungi saya terus apabila sudah faham dan jelas mengenai kelas pasukan ABDR.
Telekung Solat, Patuh Syariah.
Foto : Koleksi Telekung Al Kauthar
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Jumaat.
Kali ini, saya kongsikan mengenai telekung solat. Sebenarnya, saya sendiri tercari-cari telekung yang tidak jarang. InsyaAllah, saya berani kongsikan telekung ini sebab saya sendiri telah gunakannya. Benar bagai dikata, apabila sudah guna baru elok kita kongsikan dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pengalaman saya, sepanjang menggunakan dan membeli telekung. Ada yang jarang, sulaman terlalu berat dan rasa gatal apabila terkena kulit. Saya juga pernah beli telekung di Bandung, Indonesia. Namun masih tidak memenuhi kepuasan saya. Ada saja yang kurang selesa.
Setelah diperkenalkan dan menggunakan Telekung Al Kauthar, rasa kurang selesa hilang serta merta. Kini saya sudah menjadi salah seorang agen dropship Telekung Al Kauthar. Boleh hubungi saya terus untuk dapatkan telekung ini.
Ciri-ciri Telekung Eksklusif Al- Kauthar :
★ Selesa dan mudah dipakai.
★ Melekap di muka dengan kemas.
★ Menggunakan kain yang sangat berkualiti setanding dengan jenama terkenal.
★ Tidak perlu memakai anak telekung.
★ Dilapik dengan 2 lapisan hingga ke paras melebihi dada agar aurat terpelihara.
★ Kain yang labuh.
★ Hiasan lace / renda sulam bermutu tinggi.
★ Simple tetapi cantik dan elegan.
★ Konsep warna putih suci.
★ Berciri eksklusif tetapi dengan harga mampu milik.
★ Setanding dengan jenama terkenal di pasaran.
★ Design yang menepati syariat.
★ Material yang semakin lembut dan selesa selepas kerap kali dibasuh.
http://telekungonlinehq.blogspot.my/
Friday, 12 February 2016
Biasa-Biasa
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir. Aamiin. Kerana Allah, aku bekerja hari ini. Allahumma Solli wa Sallim ‘ala Muhammad.
"Jaga ibadah kita dengan Allah, kerana Allah yang sebenarnya 'menjaga' bisnes kita"
#tipsrafelinna #bukubisnescarakami
Allahuakbar. Petikan dari buku Bisnes Cara Kami ini, benar-benar menyentap hati. Ini juga salah satu perkongsian dari Puan Khatijah, salah seorang speaker jemputan semasa kursus bersama team Telekung Al Kauthar. Sebenarnya, kita tahu tapi buat-buat faham namun tidak pernah hadamkan. itulah perkara yang sebenarnya.
Thursday, 11 February 2016
Cuti Minggu Ini
Wednesday, 3 February 2016
Kad Nama Baru.
Foto : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum. Selamat pagi.
Bismillah.
Mulakan pagi ini dengan senyuman manis dan ceria. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita yang dikasihi.
Semoga kita semua ditambahkan, dipermudahkan dan melimpah ruah rezeki hari ini dan hari-hari akan datang. Aamiin.
Malam tadi, tuan suami tolong design kad nama saya. Alhamdulillah, dah lama sebenarnya perkara ini tertunda. InsyaAllah, akan print hari ini.
Alhamdulillah. Semalam saya kongsikan pengalaman di group telegram #GSLAbam. Pengalaman yang belum pernah diceritakan pada orang lain. Pengalaman selama hampir tujuh tahun berbisnes. Cuma saya tidak kongsikan keseluruhan cerita. Saya dah edit sikit-sikit. InsyaAllah, akan tulis di sini nanti.
***************
Walaupun belum close deal, tapi apabila ada yang bertanya mengenai kelas atau telekung sudah menjadi kegembiraan bagi saya. Dapat close deal lagi la kan. Kenapa saya kongsikan kelas dan telekung di sini. Sebab saya dah sertai #kelasasasblog dan sudah gunakan #TelekungAlKauthar.
Mahu belajar dan sertai pasukan ABDR, boleh terus whatapps@telegram saya di 0192828266
Tuesday, 2 February 2016
Ebook Super WAHM Super MOM(edisi kemaskini)
Foto : ABDR
Monday, 25 January 2016
Cuti Tiga Hari
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Hari sabtu - Saya, tuan suami dan Along Zikri hadiri taklimat mengenai Program Professional Photo graphy Apprentice Certificate (PPAC) di Saiful Nang Academy. Taklimat selama tiga jam. Sesi penerangan bagaimana program PPAC dilaksanakan. InsyaAllah, Along Zikri akan menjadi salah seorang pelajar. Selepas taklimat, tuan suami dan Along Zikri ke masjid dahulu. Kemudian, kami sama-sama makan di Paramount Cafe.
Hari Ahad - Ke rumah adik. Sebelum ke rumah adik, ambil anak saudara dahulu kerana dia juga mahu turut serta. Petang, kembali semula ke rumah. Sempatlah tapau dahulu lauk untuk makan malam. Tuan suami belikan satay daging dan sup daging. Sampai di rumah cepat-cepat masak nasi dahulu.
Hari isnin - Anak-anak tidak ke sekolah hari ini kerana cuti Hari Thaipusam semalam. Pantau anak-anak lakukan kerja - kerja sekolah. Bantu cari maklumat yang diperlukan tapi lebih pada tegur anak-anak sebab lakukan kerja disaat - saat akhir.
Allahuakbar. Sabar saja kerenah anak-anak ni. Walaupun sudah kita ingatkan beberapa kali supaya lakukan seawal mungkin. Cuti tiga hari yang bermanfaat. Luangkan masa bersama ahli keluarga.
*****
Mahu belajar menulis secara konsisten ? Belajar bersama kami di ABDR. Maklumatnya di sini.
Sunday, 24 January 2016
Jumaat Yang Dinantikan
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Tahun ini, saya sekeluarga tambah nilai diri dengan belajar bahasa Al Quran.
Subhanallah, mudah sekali belajar bahasa arab mengikut kaedah dari Al Furqan.
" Pengajian Al Quran yang diterapkan oleh Al Furqan ialah kaedah memahami Arab Al Quran. Pelajar akan mempelajari untuk memahami Al Quran dengan teknik Al Furqan yang sangat mudah dengan tanpa hafalan dan tanpa kerja rumah ". Sumber petikan dari laman web Al Furqan.
Bila dengar tanpa kerja rumah, pantas sekali saya memberi persetujuan semasa ditanya tuan suami. Mulanya, tuan suami dan Along Zikri sahaja yang akan hadiri kelas ini. Rancangan awal saya dan tuan suami, memang khas untuk Along Zikri sebab kami berdua niatkan untuk menghantar dia belajar di Madinah. InsyaAllah.
Seronok berada di dewan kuliah. Belajar bahasa arab tapi pada masa yang sama belajar juga tafsir ringkas Al-Quran. Kelas ini setiap hari jumaat pada pukul lapan setengah malam hingga sepuluh setengah malam. Selama dua jam. Di kelas ini, saya dengar dan ulang kembali apa yang diajar oleh ustaz. Sedikit sahaja nota yang diambil. Surah pertama yang saya belajar ialah surah Al-Fatihah. Allahuakbar, sekarang baca Al-Fatihah saja dah ingat makna-maknanya yang tersirat dan tersurat. InsyaAllah, mudah untuk fokus semasa solat. Belajar asas terlebih dahulu, kata ustaz.
InsyaAllah, kelas ini akan saya hadiri selama sepuluh bulan. Pesan ustaz lagi, jangan ponteng kelas. Walaupun seetiap sesi kuliah dirakamkan dan kita boleh beli rakaman itu. Tapi ustaz beritahu, kita mahu keberkatan belajar.
******
Mahu belajar menulis, sertai pasukan kami di ABDR. Untuk dapatkan maklumatnya boleh baca di sini atau hubungi saya terus di saniah.matsanat@gmail.com atau 0192828266(whatapps atau telegaram)
Friday, 22 January 2016
Buah Sulung.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu ‘alaikum. Selamat pagi. Salam Jumaat. Salam ceria.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.
Aamiin.
Semalam, luangkan masa mengemas di belakang rumah. Rumput pun dah panjang. Semak betul. Lama juga mengemas, dua jam. Mana-mana pokok yang dah rimbun sangat daunnya, saya cantas. Allahuakbar, masa cantas tu nampak pokok lemon sudah keluarkan buah sulungnya. Gembira tak terkata, maklumlah dah tanam pokok ni selama empat tahun. Jauh dia datang, dari Rompin. Sebenarnya, saya pun kurang membelai pokok-pokok yang ditanam. Siram dan tambah baja sikit, kemudian tinggal. Jadi tak sempat nak belek lebih-lebih.
Malamnya, rasa letih. Fikirlah kenapa letih sangat. Hihihi...baru teringat. Itulah lama sangat tak keluarkan peluh. Tidur awal. Kemudian, bangun semula pukul sebelas malam untuk kemas dapur dan sediakan bahan-bahan masakan esok hari supaya anak-anak boleh bawa bekal.
Hari ini, bangun pagi pun agak lewat, dah nak pukul enam pagi. Alhamdulillah, dah sediakan awal-awal bahan yang nak masak.
Bekal anak-anak sepanjang minggu ini.
Menu ringkas dan mudah.
Isnin - pisang goreng, nasi putih+sup bebola ayam+kacang panjang.
Selasa - Pau, nasi putih+sambal kicap ayam+telur dadar+timun.
Rabu - Kentang goreng, nasi putih+ikan goreng+sup sayur kailan.
Jumaat - Kek coklat kukus, nasi putih+kari ayam+telur dadar dan tembikai.
**********
Mahu bekerja dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar asas akaun, klik sini.
Mahu beli buku dan ebook, klik sini .